Pelanggan yang dihormati,

Dalam menunaikan komitmen aku janji kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkaitan penggabungan CelcomDigi, kami ingin memaklumkan anda bahawa jenama Yoodo akan dihentikan mulai 29 Ogos 2024. CelcomDigi komited untuk memastikan peralihan yang lancar untuk para pelanggan Yoodo.

Fungsi-fungsi berikut telah dihentikan dalam aplikasi Yoodo mulai 19 Jun 2024:

  • Pesanan SIM baru (kecuali SIM gantian)
  • Pengaktifan SIM baru (kecuali SIM gantian)
  • Pendaftaran Akaun
  • Ajak Kawan
  • Pengubahsuaian Tempoh Sah

Anda kini mempunyai pilihan untuk:

  1. Pindah talian ke perkhidmatan mudah alih pilihan anda, atau
  2. Tamatkan perkhidmatan Yoodo anda, atau
  3. Teruskan pelan sedia ada anda (data, panggilan dan SMS) dan ubah suai pelan anda melalui aplikasi sedia ada dengan CelcomDigi.

Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada CelcomDigi.

Soalan-Soalan Lazim

Umum

  1. Bila jenama Yoodo akan dihentikan?

    Jenama Yoodo akan dihentikan pada 29 Ogos 2024, dan pelan itu akan diteruskan sebagai Prabayar CelcomDigi 5G.

  2. Apakah nama Yoodo selepas 29 Ogos 2024?

    Pelan Yoodo akan menjadi salah satu tawaran Prabayar CelcomDigi 5G.

  3. Apakah tindakan yang perlu diambil ketika ini?

    Pilihan anda untuk menjadi pelanggan mana-mana syarikat telekomunikasi kekal tidak berubah. Anda boleh memilih mana-mana yang berikut:

    • Pilihan 1: Pindah keluar (Port out) ke mana-mana syarikat telekomunikasi pilihan anda. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang proses, tawaran dan caj Pertukaran Nombor Mudah Alih (MNP), sila layari laman web syarikat telekomunikasi pilihan anda.
    • Pilihan 2: Tamatkan langganan anda dengan Yoodo; permintaan boleh dibuat melalui aplikasi Yoodo.
    • Pilihan 3: Teruskan pelan sedia ada anda (data, panggilan dan SMS) dan ubah suai pelan anda melalui aplikasi sedia ada dengan CelcomDigi.
  4. Apakah yang akan berlaku dari sekarang sehingga 29 Ogos 2024?

    Tiada perubahan akan berlaku dan anda akan terus menikmati perkhidmatan sedia ada (Data, Panggilan dan SMS) pada rangkaian CelcomDigi, termasuk saluran produk dan bantuan daripada CelcomDigi tanpa sebarang gangguan. Semua tawaran produk dan saluran pembayaran akan kekal sama.

  5. Bagaimana jika saya mahu meneruskan pelan saya yang sedia ada dan tidak mahu memindahkan kepada operator lain atau menamatkan talian saya dengan Yoodo?

    Pelan sedia ada anda akan diteruskan di bawah Prabayar CelcomDigi 5G.

Perkhidmatan Yoodo

  1. Bolehkah saya masih menggunakan aplikasi Yoodo tanpa gangguan?

    Anda masih boleh mengguna aplikasi Yoodo tanpa sebarang gangguan. Walau bagaimanapun, beberapa fungsi yang disenaraikan di bawah akan dihentikan mulai 19 June 2024 daripada aplikasi Yoodo:

    • Pesanan SIM baru (kecuali SIM gantian)
    • Pengaktifan SIM baru (kecuali SIM gantian)
    • Pendaftaran Akaun
    • Ajak Kawan
    • Pengubahsuaian Tempoh Sah
  2. Bolehkah saya mengaktifkan kad SIM Yoodo baru?

    Mulai 19 Jun 2024, pesanan dan pengaktifan SIM baru akan dihentikan. Walau bagaimanapun, jika anda adalah pengguna Yoodo sedia ada, anda boleh memesan dan mengaktifkan SIM gantian untuk talian sedia ada anda.

  3. Apakah yang berlaku kepada talian Yoodo saya selepas 29 Ogos 2024?

    Anda boleh teruskan pelan sedia ada anda (data, panggilan dan SMS) dan ubah suai pelan anda melalui aplikasi sedia ada dengan CelcomDigi.

  4. Bolehkah saya masih menikmati pelan sedia ada saya selepas 29 Ogos 2024?

    Ya, anda boleh meneruskan pelan sedia ada anda.

  5. Bolehkah saya masih menggunakan baki kredit saya selepas 29 Ogos 2024?

    Ya, baki kredit anda boleh digunakan untuk pembaharuan pelan CelcomDigi anda.

  6. Pemindahan keluar (Port Out)

  7. Adakah terdapat sebarang pilihan untuk pemindahan keluar (port out?)

    Jika anda telah memutuskan untuk tidak meneruskan pelan sedia ada anda dengan CelcomDigi, anda boleh memilih untuk memindahkan nombor Yoodo anda ke syarikat telekomunikasi lain.

  8. Penamatan

  9. Bagaimanakah cara saya menamatkan talian Yoodo saya?

    Anda boleh menamatkan talian Yoodo anda melalui aplikasi Yoodo. Sila ikuti langkah berikut:

    • Lancarkan aplikasi Yoodo.
    • Pergi ke “Urus Talian”.
    • Pilih talian yang anda ingin tamatkan dan pilih "Tamatkan Talian".
    • Masukkan nombor telefon untuk pengesahan.
  10. Talian Prabayar CelcomDigi 5G

  11. Adakah terdapat sebarang bayaran jika saya memutuskan untuk kekal dan meneruskan pelan saya dengan CelcomDigi?

    Tiada caj akan dikenakan jika anda meneruskan pelan anda dengan CelcomDigi.

  12. Adakah saya perlu menukar kad SIM saya?

    Tidak, anda boleh terus menggunakan kad SIM sedia ada anda.

  13. Bantuan

  14. Di manakah saya boleh mendapatkan maklumat lanjut atau bantuan?

    Anda boleh berhubung dengan Pasukan Bantuan kami dengan menghantar emel ke support@yoodo.com.my atau berhubung dengan kami melalui fungsi Hantar Tiket Aduan di laman web kami.