Prisha – Sentiasa ingin tahu dan suka bermain. Tidak suka duduk diam. Gemar makan roti ais krim selepas waktu sekolah. Mengajar orang dewasa erti kebahagiaan tanpa nilai materialistik.
Syarinah – Berasal dari Sarawak, suka bereksperimen dengan muzik progresif menggunakan alat musik tradisional. Gemar memuat naik video bermain muzik moden menggunakan sape’ tradisional.
Abang Ali – Kerja hantar barang, dilayan macam bintang. Ramai akan kerumun apabila dia tiba dengan bungkusan. Macam selebriti, tetapi dia yang minta tandatangan dan ambil gambar anda.
Mahaguru tarian singa, sifu seni bela diri dan permata negara yang tidak didendang. Dia memastikan tradisi diteruskan, tanpa menyedari bahawa dialah penyumbang kepada keunikan Malaysia.
(sekalung penghargaan kepada wira-wira negara semasa tempoh pandemik!)
Cik Siti – Seorang jururawat yang kental, penyayang serta sangat ikhlas menjaga kebajikan pesakit. Senyuman ikhlas darinya memberi sinar harapan kepada orang di sekeliling.
Ramesh – Fokus bekerja pada hari minggu, fokus selamatkan haiwan pada hujung minggu. Seorang wira yang merendah diri dan baik hati. Dia sentiasa memastikan kebajikan haiwan peliharaan dan haiwan liar.
Mr. Syed – Suka minum teh kosong limau dan mengawal pangsapuri. Dia jaga rumah anda seperti rumah sendiri. Seorang yang pemurah dengan senyuman dan segak berseragam. Mungkin lebih fasih Bahasa Malaysia daripada anda.
Encik Ramli – Pakar masak burger. Tidak pernah dengar kalau anda minta “tak nak sayur”, tetapi burgernya terbaik.
Tan Chee Kong – Seorang pelajar harapan dan bercita-cita menjadi seorang jurutera. Sedang belajar di luar negara dan rindu mi kari. Nasib baik CGPA hanya sampai 4.0, kalau tidak dia akan dapat 4.1.
Mama Savitri – Suri rumah, suka pakai selipar, garang tetapi penyayang. Teknik biasa nak bangunkan tiga orang anak-anak lelaki adalah dengan beritahu yang sudah jam 7 malam walaupun baru jam 5 pagi. Suka membeli-belah atas talian, tetapi tak suka bayar caj penghantaran berharga RM6.50.

Pameran #BuildAMalaysian
Tarikh: 15 Ogos – 18 September 2022
Masa: 10am hingga 10pm
Lokasi: Level 2, Event Space