Identiti superhero anda (berdasarkan media sosial)

Siapa tak pernah teringin nak jadi superhero walaupun sekali sahaja seumur hidup? Korang boleh terbang dari Langkawi ke Lahad Datu sekelip mata, sekali lompat boleh mengatasi ketinggian KLCC, teleport ke mana sahaja yang korang nak…

Tanpa disedari, kita semua ada sedikit kuasa superhero dengan bantuan teknologi! Skuad kitorang ada buat kiraan saintifik untuk mengetahui jenis superhero yang manakah yang korang akan jadi, berdasarkan platform media sosial kegemaran.

(saintifik sangat)

Facebook – Captain Like

Kuasa: Korang ini simple sahaja orangnya. Nampak post yang elok, korang like. Atau mungkin komen. Tapi bila nampak post yang kurang elok, korang siap sedia nak serang.

Kostum: Biru, dan sekeras kuku.

Bakat tersembunyi sebagai orang awam: Korang tahu reaksi/GIF apa nak letak kalau tak boleh komen panjang-panjang.

Musuh ketat: Troll dan komen-komen spam.

Instagram – Shooting Star

Kuasa: Satu jenis lensa sahaja dah cukup untuk buat semua benda jadi cantik. Korang boleh tukar dunia untuk jadi versi lebih baik macam apa yang korang bayangkan.

Kostum: Berkilauan dan ada warna pastel. Korang boleh buat dua ini jadi sepadan.

Bakat tersembunyi sebagai orang awam: Boleh kira sudut paling tepat untuk swafoto bersama yang paling menarik.

Musuh ketat: Pencahayaan yang tak boleh dibawa berbincang.

Twitter – Agent 280

Kuasa: Ketepatan dan kejituan tanpa tandingan. Cakap sikit, tapi impak besar. Satu ayat je boleh buat orang terciduk – atau kembali bangkit.

Kostum: Biru muda

Bakat tersembunyi sebagai orang awam: Korang boleh buat orang gelak, menangis, menjerit, atau ketiga-tiga sekali dengan hanya 280 huruf.

Musuh ketat: Orang yang cakap berjela… dan bila tak boleh tukar typo.

 

 

TikTok – FUNtastic

Kuasa: Kelajuan luar biasa. Sekejap di sini! Sekejap di sana! Korang boleh ada di merata-rata tempat dan tak ada sesiapa yang boleh halang.

Kostum: Hitam, putih, dan efek neon untuk warna kegemaran korang.

Bakat tersembunyi sebagai orang awam: Korang boleh rumuskan satu cerita dalam tempoh 30 saat.

Musuh ketat: Kamera samar-samar.

Penstriman – The Game Master

Kuasa: Korang pakar strategi dan 50 langkah di hadapan musuh.

Kostum: Mungkin apa-apa yang ada kaitan dengan set kepala VR.

Bakat tersembunyi sebagai orang awam: Korang ketik paling laju di antara semua orang. 

Musuh ketat: Data habis.

AKU LUPA SAAAAAAAAAAAVE

Blog – The Journalist

Kuasa: Korang mewarisi ilmu zaman silam, yang diwariskan daripada generasi ke generasi. Tapi korang sentiasa menghiburkan dan memberi inspirasi melalui post korang!

Kostum: Piksel yang bertukar-tukar. Sentiasa menarik, tak pernah kekal.

Bakat tersembunyi sebagai orang awam: Pengetahuan korang mengenai slanga Internet memang 100% tepat.

Musuh ketat: Pemerhati dalam diam.

Dan sebab korang dah berjaya menemui (atau memastikan) siapa diri korang yang sebenar, para superhero… masanya telah tiba! 

Kitorang di Yoodo sedang mencari superhero untuk sertai skuad Ambassador! Hanya daftar, siapkan tugasan, dan korang akan kumpul banyak mata. Korang boleh tebus mata yang diperolehi untuk dapatkan baucar Shopee, barangan Yoodo dan macam-macam lagi.

Daftar sekarang dan sertai skuad kitorang!