Korang dah biasa main sepenuh jiwa walaupun main santai dan sentiasa bersorak untuk pemain MPL kegemaran korang. Tapi korang tau tak ada bintang-bintang baru yang baru sertai keluarga Yoodo?
Exciting-nya! Tak sabarnya!Inilah masanya untuk memperkenalkan skuad rasmi ML:BB Yoodo, Geek Fam! Korang kena tahu maklumat-maklumat menarik berkaitan ahli-ahli skuad ini:
Xorn
Nama penuh: Mohamad Zul Hisham Bin Mohd Noor
Umur: 21
Peranan: Multirole
Seorang pakar multi-role yang mempunyai banyak bakat. Xorn telah merekodkan 78.63% kadar kemenangan dan juga merupakan MVP musim biasa pada MPL Musim 5. Dari luaran nampak malu-malu – tapi sebenarnya kelakar dan seorang brader yang santai. Orang-orang Kajang kalau nampak Xorn, jangan segan nak tegur. Mana tahu boleh dapat tip-tip daripada seorang pro.
OzoraVeki
Nama penuh: Poon Kok Sing
Umur: 23
Peranan: Multirole
OzoraVeki bermula dari bawah sebelum sampai ke tahap sekarang. Gayanya sentiasa happy-go-lucky yang berasal dari Seremban ini memulakan kerjayanya menerusi League of Legends, dan sekarang OzoraVeki merupakan penyumbang damage ke-3 tertinggi untuk pasukannya sepanjang musim 5.
Artz
Nama penuh: Muhammad Nazmie Bin Khalid
Umur: 21
Peranan: Fighter
Artz merupakan satu-satunya ahli Geek Fam yang telah mencapai 150+ kemenangan berturut-turut (setakat ini), serta mempunyai kiraan savage tertinggi dalam skuad ini. Pada masa lapang, semasa tak membelasah skuad lawan, Artz suka melancong dan meneroka tempat baru.
Rumpel
Nama penuh: Tai Ming Hong
Umur: 23
Peranan: Tank/Support
Grock main Rumpel telah menghasilkan 55,000 damage sepanjang MPL musim 5. Rumpel gemar bermain Pokemon Go dan bersenam di masa lapang. Mungkin ini rahsia ketahanan dirinya.
Feekz
Nama penuh: Amirul Shafiq Bin Mohd Amir
Umur: 25
Peranan: Marksman/Assassin
Dengan lebih daripada 19000 perlawanan yang telah disertainya, lebih tinggi berbanding mana-mana pemain lain dalam King of KDA untuk MPL musim 5, Feeks merupakan assassin paling sesuai untuk skuad ini. Walaupun biasanya Feeks seorang yang baik dan peramah, salah satu hobinya adalah mengacau kapten Dominus.
Dominus
Nama penuh: Nik Aqieff Bin Nik Muhammed Muhyyiddin
Umur: 21
Peranan: Captain/Mage/Assassin
Hidup cip! Dominus dinobatkan sebagai King of KDA semasa musim 3, dan ini membuktikan kelayakannya untuk mengetuai skuad Geek Fam. Pada masa lapang semasa tidak menjadi kapten atau, er, kena troll dengan Feekz, Dominus sukakan senaman berintensi tinggi untuk menghilangkan stres.
Kitorang tak sabar nak tengok bagaimana Geek Fam beraksi pada musim depan – dan dalam masa yang sama melihat pengguna Yoodo menikmati permainan ML:BB! Samada korang suka jadi Support, Tank, atau Fighter, tingkatkan permainan dengan 20GB Add-On MOBILE LEGENDS: BANG BANG pada hanya RM1/bulan bermula 26 Ogos 2020. Beli Add-On baru ini dan berpeluang untuk menang 1000 Diamonds dalam permainan!