Bersenam cara Tik-Tok

Segalanya seronok semasa anda sedang rancak menari untuk Tik-Tok, sehinggalah anda terlebih bergerak selepas berminggu-minggu melepak atas sofa dan kedengaran bunyi POP—

Apa yang kami cuba sampaikan adalah disebalik keseronokan melakukan cabaran Tik-Tok, anda perlu pastikan badan anda bersedia untuk membakar kalori dan lemak. Anda hanya perlu mengikut tip-tip mudah ini untuk membantu badan anda dapat mengikut apa yang anda mahu dan tak terkejut.

Renggangkan otot anda

Ingat tak kelas PJK semasa di sekolah dahulu? Panaskan badan anda dahulu dengan membuat senaman ringan atau yoga sebelum mula bergoyang. Ia dapat membantu anda bergerak dengan lebih mudah, dan mengelakkan kekejangan otot, serta mengurangkan kesakitan selepas selesai aktiviti. Jangan lupa untuk sejukkan badan dan minum air!

Mulakan perlahan-lahan

Anda mungkin pernah mendengar senaman pembunuh berat badan 12-3-30 oleh influencer Lauren Giraldo: iaitu larian pada cerun 12% dengan kelajuan 3 batu sejam (4.8 kilometer sejam) selama 30 minit. Ia adalah untuk membina kecergasan dan stamina, dan membuang lemak di bahagian perut. Tetapi momentum dari kosong ke 12-3-30 mungkin boleh mencederakan anda.

 

Jadi, jangan rakus dan terus melakukan rutin atau trend yang berat. Sebaliknya, pastikan anda bersedia untuk pergi ke peringkat tersebut hanya selepas anda sudah bersedia. Lauren juga bermula dengan perlahan sebelum sampai ke tahap 30 minit secara penuh, dan berehat apabila perlu. Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit (atau hilang sebukit lemak).

Yakin dengan tip, tapi buat kajian anda juga

Ada BANYAK maklumat di luar sana untuk mereka yang beraspirasi menjadi cergas dan sado. Tetapi, sama seperti perbualan WhatsApp Group keluarga anda, tak segalanya benar.

Mak! Amin dah cakap, vaksin COVID-19 tak buat orang jadi pemancar 5G!

Tak salah untuk ambil tip dari influencer kecergasan kegemaran anda, tetapi sedikit bacaan dan kajian juga boleh memberi anda maklumat samada ia benar atau tidak, dan adakah ia terbaik untuk matlamat anda, serta bagaimana cara yang betul. Jangan biarkan trend menyebabkan anda gagal.

Jangan lupa untuk berseronok

Anda tak boleh mengukur kebahagiaan dengan serbuk protein atau kalori – walaupun kedua-duanya penting untuk menjadi cergas!

Walaupun tarian anda tidak sempurna dan perut anda tak nampak macam perut Faiz Ariffin…meh, hari esok masih ada sinar. Selagi anda seronok, dapat melepaskan tekanan dan rasa sihat, itu sudah cukup! Teruskan menari, melompat dan bersenam sepuas-puasnya.

 

Dan bercakap mengenai menari puas-puas, anda boleh berTikTok tanpa henti dengan Add-On kami pada harga terendah iaitu RM1! Harga promosi ini hanya disediakan untuk masa terhad sahaja, jadi pastikan anda mendapatkannya selagi boleh. Dan apabila anda bersedia menayangkan diri baru anda, jangan lupa untuk tag @yoodomy supaya kami juga boleh menyokong anda!