Abang Strawberry)
Sebelum korang skrol ke bawah, tolong baca dulu. Ini bukan main-main ya. Resipi unik ini terhasil selepas sekumpulan pelancong minta satu “resipi istimewa yang menggabungkan makanan Asia dan Barat”. Jadi, pencipta resipi ini pun fikir – Kan? Jom cuba masukkan strawberi! Dan terhasillah Sambal Strawberi Ikan Masin ini! Ia dibuat menggunakan buah strawberi dan ikan masin. Orang cakap rasa dia ada pedas, masin, manis dan masam. Mesti padu kalau makan dengan Nasi Lemak…
(Kredit Imej: Jadi Batek)
Alang-alang kena pakai topeng setiap hari, baik kita jadikannya #fashionable, betul tak? Paling kurang pun kita nampak sentiasa bersedia untuk apa jenis acara! Paling menarik, korang boleh selitkan penapis karbon. Memang korang akan kekal selamat sambil bergaya..
(Kredit Imej: Serious Eats)
Bukan Michael Jackson penyanyi. Kitorang maksudkan adalah minuman kegemaran ramai: soya cincau! Ia sangat digemari, sampai ada laman web teknologi di Malaysia yang menggunakan nama minuman ini. Gandingan air susu soya dan kunyahan cincau disukai oleh semua orang di negara ini (ada yang kata Singapura pun).
(Kredit Imej: The Malaysian Insight)
Kain sarung/pelikat tradisional memang sangat selesa jika dipakai. Dan apa yang korang nak lagi selain keselesaan ketika nak cepat bergerak ke sana-sini? Cuba kenakan kain sarung/pelikat bila korang nak guna pengangkutan awam nanti! Korang pun boleh tolong promosikan budaya sebenar rakyat Malaysia.
Kitorang tak pasti siapa yang patut ambil tahu, tapi kitorang nak juga tunjuk. Tengok! Ada kucing pakai baju melayu lengkap! Tak penting, tapi siapa je yang tak nak tengok kucing menggayakan baju melayu? So handsome lah kan! *Insert heart eyes cat emoji here*
Betul tu! Kitorang berganding bahu dengan perkhidmatan eWallet terbesar di Malaysia untuk membawakan lebih ganjaran untuk korang semua. Menangi kredit Boost bernilai RM10 apabila korang langgan Power Pass untuk 1 jam atau Power Pass untuk 3 jam (BARU) sebanyak 5 kali!
Tunggu apa lagi? Langgan sekarang untuk meningkatkan peluang korang menang! *wink wink*