KEMBALI KE ARTIKEL

Jenis-jenis personaliti BDR

Februari 1, 2021

Akhirnya, kita semua sudah sampai ke tahun 2021… tapi, kita semua terpaksa duduk kembali di rumah. Untuk korang yang tengah baca artikel ini, kitorang harap korang kekal selamat di mana jua, dan kekal selamat sehingga vaksin tiba.

Disebabkan itu juga, ramai di antara kita yang terus bekerja dari rumah (BDR) dan cuma boleh jumpa rakan sekerja secara maya. Lama-kelamaan, kitorang mula sedar adanya jenis-jenis perangai tertentu semasa tempoh BDR. Kitorang senaraikan personaliti yang telah dikenal pasti. Mungkin korang pun ada ciri-ciri dengan salah satu daripada senarai di bawah!

Agen Rahsia

giphy

Setiap kali ada panggilan video, golongan ini memang tidak akan kelihatan. Diorang ada. Tapi apa yang korang nampak hanyalah gambar profil atau langsung tak nampak apa-apa. Dan bila diorang senyap… memang senyap sepi. Kebarangkalian golongan ini wujud mungkin disebabkan sambungan rangkaian (bukan Yoodo) yang teruk, tiada kamera web, nak kekal pakai kain batik sepanjang hari itu, or mungkin sengaja tak nak buka kamera. Kalau korang termasuk dalam golongan ini, sekali-sekala mohon ingatkan orang lain rupa wajah korang. Kalau betul korang ada wajah…

Si Minimalis

giphy 1

Golongan ini ada dinding paling putih dan bersih yang korang pernah nampak. Dan korang takkan pernah nampak perabot lain. Tahniah kepada golongan ini, korang buat Marie Kondo bangga. Mohon ingatkan kitorang untuk minta tip jaga kebersihan rumah lepas ini.

Kaki Latar Belakang

giphy 2

Adakah hari ini mereka akan muncul dan gunakan latar belakang rasmi syarikat? Latar belakang guna tema game? Gambar pemandangan? Atau gambar dalam mulut buaya? Apa-apa pun mereka memang suka dan seronok menghias latar belakang. Dan sejujurnya, kitorang pun suka dan seronok tengok.

Sang mata tak berkelip

giphy 3

Setiap kali masuk ke sesi perbincangan, golongan ini akan senyum kepada semua dan merenung kamera. Dan renung. Dan renung. Dan renung. Kitorang tahu korang bagi perhatian… tapi jangan lupa untuk kelipkan mata.

Penarik Entiti Melintas

giphy 4

Samada golongan ini pasang latar belakang virtual atau pun tak, korang mesti akan perasan satu persamaan: mesti nampak atau dengar orang lalu lintas di belakang. Selalunya kitorang pasti semua tu manusia, kecuali kalau korang duduk di kawasan yang… er… keras. Walaupun bunyi sibuk, bising atau menyeramkan, apa yang pasti: golongan ini tak sunyi.

YB (Yang Bersedia)

giphy 5

Golongan ini memang YB. Sentiasa menepati masa atau awal. Pakaian kemas, kulit bersinar, dan merenung ke kamera CUKUP-CUKUP sahaja dan tak terlebih, percakapan tersusun dan jelas, DAN sentiasa menyumbang pendapat yang membina. Kita semua akan jadi kagum, cemburu atau kedua-duanya sekali. Selalunya kedua-duanya sekali.

Mangsa GANGGUAN KUCING

giphy 6

Korang golongan paling kitorang suka.

Yang pastinya, senarai ini tak mencukupi. Kitorang harap korang boleh berseronok untuk kenal pasti golongan yang ada semasa mesyuarat atau panggilan video yang seterusnya. Dan kalau korang suka perhatikan orang lain macam kitorang semua, Add-On panggilan video Yoodo ada disediakan untuk korang berhubung melalui Zoom, Google Meet atau MS Teams. Dapatkan 20GB untuk setiap aplikasi pada hanya RM5 sebulan bag setiap Add-On sebelum 31 Mac 2021!