Dalam suasana yang mencabar ini, kita sebagai rakyat Malaysia… eh chup, sorry, salah skrip. Kat mana kita tadi?
Dalam suasana yang mencabar ini, kita sebagai rakyat Malaysia… eh chup, sorry, salah skrip. Kat mana kita tadi?
Haa. Sebenarnya, kita semua perlu sentiasa ingatkan diri sendiri betapa banyak benda atau perkara baik yang kita kongsi sebagai rakyat Malaysia. Lagi-lagi dengan kedatangan COVID-19 dan banyak lagi masalah lain. Jadi, daripada korang fokus pada benda-benda “panas”, apa kata kita semua chill dan ingat pada benda-benda kecil tapi boleh buat korang: ah, betul, sebenarnya jadi rakyat Malaysia paling best lah.
Bosan dengan nasi? Tak mungkin. Sebab macam-macam benda boleh dibuat dengan makanan ruji kita ini. Samada makan nasi lemak untuk sarapan pagi, atau nasi daun pisang untuk makan tengahari, atau pun nasi berlauk untuk makan malam, nasi sentiasa dialu-alukan di atas meja makan kita semua. Ada juga orang cakap yang juadah tanpa nasi itu bukan juadah lengkap.
Rakyat Malaysia tak pernah malu nak cuba order benda yang lain dari kebiasaan.. Mungkin sebab kita dah terbiasa dekat kopitiam atau mamak! Nak kopi O pekat? Boleh. Kurang ais? Pun boleh. Teh C ais kosong bungkus, ais lebih, ikat tepi? Tak ada hal.
Walaupun negara kita dilimpahi dengan pelbagai jenis makanan, soalan “nak makan apa/kat mana?” boleh berakhir menjadi debat 30 minit untuk menentukan yang manu satu lebih enak, char kuay teow atau laksa? Kalau pilih laksa sebagai contoh, kena pilih pula laksa jenis apa. Sebab kalau korang nak tahu, rakyat Malaysia sukakan versi negeri masing-masing (kitorang siap tulis artikel mengenainya ???).
(Kalau korang rindukan masakan gerai dan penjaja, jangan lupa tolong diorang dengan membeli daripada mereka. Tolong pakcik, makcik, aunty, uncle kita mengharungi cabaran!)
Durian. Petai. Jering. Tempoyak. Budu. Dan macam-macam lagi, tapi kita tak nak sebut banyak-banyak sebab mesti ada di antara korang yang dah nak pengsan bila terbayang bau-bau makanan tersebut. Dan untuk setiap orang yang tak suka, mesti ada seorang lagi yang tak sabar nak lahap.
Nikmat wei.
Semua orang ada pendapat tersendiri dengan makanan di negara ini yang ada bau. Korang jangan lupa kenalkan makanan-makanan ini kepada kawan-kawan korang yang bukan orang Malaysia, dan bukan berasal dari Asia Tenggara. Korang boleh dapat geng baru, atau tengok diorang buat muka pelik.
Jangan sampai kitorang singgah rumah kau!
Okay, ada di antara kita yang boleh acah cool bila tengok lipas merayap. Tapi sekali dia berdesup terbang, semua berterabur lari. Hanya segelintir sahaja yang hidup selepas berhadapan dengan makhluk ini. Oh ya, sebut pasal lipas terbang, kitorang ada petisyen yang memerlukan tandatangan korang (dan juga barangan Yoodo sebagai tanda terima kasih).
Siapa yang tak suka merungut? Cuaca terik sangat lah, selalu sangat hujan lah, durian mahal sangat lah, ada topik hangat yang tengah tular lah… dan macam-macam lagi. Ada banyak perkara di Malaysia yang boleh dijadikan topik rungutan. Tapi kalau ada orang luar yang merungut mengenai Malaysia ada rasa api kemarahan rakyat Malaysia. Sebab kita sahaja boleh ‘komplen’, orang luar duduk diam-diam.
Abaikan suara-suara kebencian di luar sana sebab ramai daripada kita yang sedar bahawa kita semua satu keluarga besar. Kita boleh mengharapkan kawan-kawan yang terdiri daripada pelbagai kaum, dan kita pun tak kisah membantu mereka. Kita kan family 🙂
Dengan menonjolkan yang baik berkaitan Malaysia, berjuang ke arah perubahan positif bersama-sama, dan melawan sentimen negatif menjadikan negara ini tanah tumpah darah milik kita semua. Teruskan menyokong di antara satu sama lain – dan Selamat Hari Malaysia!