Semua benda yang korang nak tahu pasal Ramadan tapi segan nak tanya

Pernah jadi tak? Setiap tahun diorang umumkan mulanya bulan Ramadan kat TV, dan tiba-tiba kawan-kawan Muslim korang yang kaki sukan dan kaki gym pun mula nampak selalu berehat semasa tengahari, tiba-tiba semua kawan-kawan Malaysia Timur/Cina/India/Punjabi/Lain-Lain(™) korang mula bawa IC semasa nak pergi makan… dan tiba-tiba korang baru sedar korang tak tahu kenapa, apa dan bagaimana semua benda terjadi semasa bulan penting ini.

Tapi jangan risau sebab ianya masih belum terlambat! Kami akan kongsi crash course mengenai Ramadan supaya korang tak ada lagi salah faham.

Kenapa Muslim perlu puasa?

Amalan berpuasa sebenarnya mengajak orang Islam untuk lebih dekat dengan Tuhan, dan memupuk perasaan empati kepada mereka yang kelaparan dan tanpa makanan pada waktu yang lain. Kesemua amalan puasa harian, sembahyang tambahan yang dikenali sebagai terawih, dan memberi perhatian kepada aktiviti amal menjadi panduan untuk berkelakuan dan berfikiran baik… berbanding daripada berfikir mengenai tempat makan yang power, nak beli kasut yang cantik, atau gajet terbaru yang diorang nak.

On my way untuk… jadi lebih baek!

Jadi, boleh tak saya makan depan diorang?

Sebenarnya boleh. Tak batal pun puasa diorang kalau ada orang makan depan diorang, cuma kenalah bertimbang rasa.

Korang tak perlu ada rasa terpaksa nak puasa dengan kawan-kawan Muslim korang, tapi sebenarnya ia boleh memberi pengalaman yang menarik atau tanda sokongan. Malah, ada sesetengah orang yang menganggap diorang boleh menguji ketahanan diri dan mendapat pahala lebih jika ada orang makan depan diorang. Cuma, korang jangan lupa untuk tanya dulu sebelum bagi “sumbangan” yang tak diminta.

Kenapa tarikh selalu bertukar?

Ia disebabkan kalendar Islam adalah berdasarkan peredaran bulan.

10 bulan mengikut kalendar lunar Islam adalah bersamaan dengan 354 atau 355 hari, berbanding dengan kalendar Gregorian/Barat iaitu setahun bersamaan dengan 365/366 hari. Jadi, tarikh Ramadan dan Hari Raya akan berubah. Siapa ingat bila Hari Raya disambut menjelang/pada Tahun Baru Cina//Deepavali/Krismas?

Kalau korang ingat maknanya korang golongan pakcik/makcik.

Apa benda pasal buat amal dan… bayar cukai?

Derma, bukan cukai.

Zakat merupakan salah satu daripada lima rukun Islam, dan ia merupakan pembayaran jumlah tertentu untuk diagihkan kepada keluarga yang kurang bernasib baik, supaya diorang ni juga boleh meraikan Hari Raya Aidilfitri seperti orang lain. Setiap Muslim diwajibkan untuk membayar zakat fitrah pada penghujung Ramadan untuk membantu Muslim yang lain… dan juga untuk menyempurnakan puasa mereka di hadapan Allah.

Betul. Ada hadis mengenai perkara ini.

Macam mana pula dengan duit raya?

Duit raya merupakan tanda penghargaan dan niat baik untuk diberikan kepada kawan-kawan dan orang tersayang (macam angpao lah). Korang akan nampak sesetengah orang cuba jadi kreatif dalam memberikan duit raya.

Siapa pernah dapat duit baju, angkat tangan.

 

Kitorang pun sebenarnya nak bagi korang duit raya – terutamanya kalau korang baru jadi pengguna Yoodo!

Sertai kempen Suka Raya, Sayang Yoodo dengan mendaftar SIM baru pertama korang. Kitorang pun akan bagi sampul Raya edisi terhad untuk korang isi dan gunakan! Kalau korang pengguna sedia ada, kitorang akan bagi duit raya yang lain sedikit. Belanja RM50 untuk Data/Panggilan/SMS dan korang ada peluang nak menang RM20 dalam bentuk kredit wallet Yoodo.

Masih ada soalan berkaitan Ramadan? Tanya kawan Muslim korang yang terdekat, atau kongsi soalan pada bahagian komen. Pengetahuan tambahan pasti akan tolong kita semua untuk do it better!