Bagaimana cara nak guna Renew Anytime
Untuk mula memperbaharui pelan, pastikan korang dah kemas kini aplikasi ke versi yang terbaru, kemudian ikut langkah-langkah ini:
- Tekan ‘Change’ pada paparan utama aplikasi Yoodo
- Tekan ‘Change Plan’
- Ubah suai pelan yang korang nak
- Sahkan pelan yang telah diubah suai
- Selepas pengesahan, korang kena pilih samada nak ‘Change plan now’ atau ‘Change plan in # days’ (# bermaksud jumlah hari yang tinggal untuk pelan yang sedia ada).
- Kalau korang pilih untuk memperbaharui sekarang, korang menerima dan akur yang baki Data/Panggilan/SMS akan terbatal.
Renew Anytime bermula dari 17 Mac 2020, jadi cukup-cukuplah menunggu – sudah tiba masanya untuk korang kawal pelan mudah alih sendiri.