Rancangan Netflix Untuk Semua Jenis Mood Korang

Kitorang faham. Kadang-kadang korang dalam mood (a.k.a ‘angin’) untuk “Netflix and chill”. Kadang-kadang boleh jadi mood nak “Netflix and grill”. Sekali-sekala korang mungkin nak “Netflix and thrill”. Jadi kitorang kumpulkan senarai yang korang boleh strim mengikut mood korang yang selalu berubah tu:

Bila korang lapar sampai nak makan phone

Dua benda je yang boleh jadi: korang puas hati (dan perut) melayan video makanan, atau korang jadi lagi lapar sampai betul-betul makan phone korang. Kalau nombor dua tu jadi, jangan lupa share dengan kitorang macam mana rasanya.

Chef’s Table

Apabila makanan bertemu seni dan fine dining menerusi enam episod dalam satu musim yang kaya dengan makanan yang diprofilkan oleh tukang masak menggunakan teknik tahap tertinggi. Korang akan mula menghargai kesemua kerja dan teknik yang digunakan untuk penyediaan setiap makanan. Para peminat pencuci mulut pasti suka Volume 4, yang didedikasikan pastri dan manisan.

Street Food

Tak kenal maka tak cinta. Dan cara terbaik nak kenal seseorang adalah melalui makanan mereka. Ketahui resipi, bahan-bahan dan orang di sebalik makanan kegemaran tempatan dan makanan lain yang unik. Satu-satunya benda yang tak ada adalah episod untuk Malaysia… tapi jangan risau, korang boleh tonton Jason’s Market Trails.

Episod pasar pun ada!

Bila korang baru lepas break up

Campak keluar tisu dan aiskrim tu, dah tiba masanya untuk korang lawan rasa sendu. Atau korang boleh layan perasaan puas-puas dan kemudian jadi lebih kuat. Mana-mana pun boleh.

Someone Great

Kadang-kadang korang cuma kena menari.

Cinta datang dan pergi, tapi kawan baik untuk selamanya. Apabila Jenny mendapat tawaran kerja idamannya, ia telah menyebabkan dia putus hubungan dengan Nate, teman lelakinya. Untuk kembali fokus, dia menghubungi kawan baiknya Erin dan Blair untuk bersama-sama buat kali terakhir sebelum Jenny meninggalkan bandar itu. Tonton bagaimana tiga wanita ini menyokong di antara satu sama lain, kemudian hubungi BFF korang selepas tamat rancangan.

He’s Just Not That Into You

Takde masa nak main-main.

Filem ini adalah berdasarkan sebuah buku motivasi diri yang berdasarkan satu baris skrip dalam filem Sex and the City. Ia mengisahkan tentang semua yang berkaitan dengan menguruskan hubungan, komunikasi dan jangkaan. Kitorang tak suruh korang terus cari pasangan baru. Cuma, mungkin korang boleh mula buat nota, fikirkan apa yang korang sebenarnya nak untuk sesi dating korang yang akan datang, dan kalau pasangan korang mengelirukan… mungkin korang boleh tanya diorang apa sebenarnya yang sedang berlaku.

Bila korang dah naik gila dengan kerja

Bos korang macam jilake. Kawan sekerja pun macam jilake. Aircon pejabat tak pernah sedang-sedang. Nasib baik Netflix ada.

Aggretsuko

Daripada pencipta rancangan ikonik zaman kanak-kanak korang seperti Hello Kitty, Keroppi dan My Melody, mempersembahkan seekor panda merah yang melepaskan stres dengan menyanyikan lagu death metal dalam bilik karaoke.

Serius, kitorang tak suka-suka reka benda ni.

Santai sambil menonton Retsuko cuba melepaskan diri dari pejabat neraka. Dan tak kisah macam mana pun teruk bos korang, mesti tak seteruk Section Chief Ton… ke lagi teruk?

Kill Bill

Kadang-kadang korang cuma nak tengok orang ‘hentak’ semua benda dengan pedang samurai.

Tak? Kitorang je ke?

Walaupun ianya salah di sisi undang-undang untuk menetak orang/benda dalam pejabat korang menggunakan pedang, undang-undang tak cakap apa-apa mengenai menonton The Bride membalas dendam ke atas bekas rakan sekerjanya dengan cara paling puas hati. Korang boleh duduk dan layan aksi pembunuhan beramai-ramai. Mungkin esok korang akan rasa lebih lega.

Bila korang rasa tak nak tidur

Tukar daripada “rasa macam tak nak tidur” ke “tak boleh tidur sebab nanti ada raksasa datang”.

The Order

Maaf, penulis kapsyen kitorang dah cabut lari.

Kalau korang rasa kolej itu menakutkan, bayangkan dalam The Order, ia memasukkan serigala jadian, persatuan rahsia dan ilmu hitam. Untuk peminat-peminat cerita seram, korang mesti suka sebab musim 2 telah pun dirancang.

Apostle

Mampukah hero berani mati ini menyelamatkan adiknya daripada pengikut kumpulan korban berdarah? Mampukah hero kita hidup setelah diburu oleh makhluk ghaib dan diancam dengan objek tajam? Mampukah korang tidur nyenyak lagi?

Hanya satu cara untuk tahu.

Bila korang rasa nak LAYAN

Sekarang korang dah tahu apa yang dah tersedia, dan mungkin korang tak pasti samada korang ada masa yang cukup untuk menonton semua rancangan… mahupun data yang cukup dalam pelan. Tapi kalau korang suka menonton rancangan baru, pasti korang sayang Yoodo!

Add-on 20GB Netflix yang baru memberikan korang data aplikasi eksklusif pada hanya RM10/bulan. Strim sebanyak mana yang korang nak, temui video yang baru, dan teruskan melakukan yang lebih baik dengan pelan mudah alih yang boleh diubah suai kegemaran korang. Sekarang, popcorn mana, popcorn?