Kuiz: Berapakah tahap kebergantungan anda dengan telefon pintar?

Masa untuk berseronok dengan soalan-soalan mudah ini. Kongsi aktiviti harian dengan kami & tahu betapa kuatnya kawalan telefon pintar ke atas hidup anda. 

Soalan 1: Jam loceng berbunyi pada pagi Isnin dan anda terbangun (ugh). Apa benda pertama anda lakukan?

a. Skrol media sosial untuk tengok apa drama yang meletup semasa sedang tidur
b. Periksa notifkasi penting yang perlu diuruskan nanti
c. Gosok gigi lah. Apa lagi?

Soalan 2: Anda sudah sedia menghadapi hari baru. Sekarang, bagaimana anda berkomunikasi dengan rakan sekerja/pelanggan/bos?

a. Teks atau melalui Group Chat
b. Panggilan telefon
c. E-mel atau laman lain (Podio, Workplace dll.)

Soalan 3: Masa untuk makan tengahari! Kemungkinan besar anda akan…

a. pesan melalui Grab/Foodpanda/aplikasi yang lebih kurang
b. panaskan lauk malam tadi
c. masak

Soalan 4: Anda ada masa terluang (woohoo!). anda akan…

a. mula bermain PUBG MOBILE
b. melayari media sosial
c. baca buku

Soalan 5: Dalam group chat, anda jenis yang… 

a. menulis tanpa henti
b. jawab bila perlu
c. Tulis 2-3 patah perkataan sahaja

 

Soalan 6: PKP telah tamat dan anda nak masak untuk orang yang tersayang. Tetapi anda tidak pernah memasak juadah fancy tersebut. Tetapi tak apa sebab anda akan…

a. masak berpandukan video Youtube
b. cari resipi secara online
c. rujuk kembali buku resipi turun-temurun milik ibu

Soalan 7: Yang terakhir, apa benda terakhir anda buat setiap malam?

a. Skrol telefon sampai tertidur
b. Caj bateri telefon
c. Baca buku! Tutup skrin bila dah sedia nak tidur.

Dah siap kira jawapan anda? Kalau anda dapat

  • hampir semua A: Anda memang sangat-sangat mengharapkan kepada telefon. Sebagai telco, sudah tentu kami gembira apabila anda memanfaatkan rangkaian 4G Yoodo (terima kasih Celcom) dengan sepenuhnya. Tapi jangan lupa, dunia ini tidak terhad kepada apa yang ada pada skrin sahaja semata-mata!
  • hampir semua B: Anda pandai seimbangkan penggunaan telefon. Anda pastikan telefon sentiasa ada tetapi tak resah tanpanya. Kipidap.
  • hampir semua C: Anda langsung tak bergantung kepada telefon anda. Ada orang kata anda ni ketinggalan zaman. Anda pula cuma rasa ianya praktikal. Atau mungkin anda tak suka telco yang sedia ada. Kalau macam itu… tak nak cuba Yoodo?

Tidak kira anda golongan yang mana, pasti ada satu pelan untuk anda dengan Yoodo iaitu pelan yang anda cipta sendiri! Anda juga boleh perbaharui pelan pada bila-bila masa katakan kalau anda teringin nak buat kombinasi baru di pertengahan bulan. Cuba sekarang, atau aktifkan e-SIM untuk bermula – kerana dengan Yoodo, anda pilih yang terbaik!