Yoodo Quiz Night telah bermula secara online! Kitorang akan live di Facebook pada setiap hari Khamis dengan soalan-soalan trivia berkaitan pengetahuan am dan Malaysia. Jadi, semua orang ada peluang nak menang Yoodo Quiz Night T-shirt edisi terhad dan sehingga RM30 dalam bentuk kredit Yoodo.
Kalau korang dahagakan kemenangan, ini ada beberapa tip untuk korang bermula:
Tanam perasaan ingin tahu
Korang kena jadi excited nak tahu semua benda yang ada di muka bumi. “Apa ni? Apa tu? Macam mana benda tu berfungsi?”. Korang simpan nota minda untuk semua benda yang berjaya timbulkan perasaan ingin tahu itu.
Pilih kasih
Tak salah pun kalau korang nak pilih topik atau bidang kegemaran untuk trivia. Baca bahan-bahan berkaitan dan tengok kalau topik itu keluar dalam senarai soalan nanti.
Jangan jadi katak di bawah tempurung
Fakta baru akan selalu muncul. Begitu juga dengan soalan-soalan kuiz. Pastikan korang peka dengan berita dan perkembangan terbaru.
Practice, practice, practice
Korang boleh berlatih dan bersedia untuk kuiz sebenar dengan menonton rancangan trivia seperti Jeopardy atau Who Wants to Be A Millionaire, atau main kuiz online seperti Sporcle dan yang berkaitan. Korang pun boleh belajar ilmu baru, dan bersedia untuk segala kemungkinan pada hari kuiz sebenar.
Hafal dan hadam
Menghafal tak bermakna korang faham dan menghafal itu memenatkan. Cara yang lebih efisien adalah mengalisis apa yang korang tahu, dan bina rangkaian dalam minda untuk menyimpan maklumat.
Fokus pada maklumat penting
Hati-hati, quizmaster akan cuba sedaya upaya untuk menguji korang. Lihat dan dengar dengan soalan DAN pilihan jawapan dengan teliti untuk memilih jawapan yang paling tepat.
Pakat dengan kawan yang bijak
Berdua itu lebih baik! Korang mungkin boleh berganding bahu dengan kawan-kawan untuk padankan jawapan di antara satu sama lain, atau kongsi bidang kepakaran masing-masing (lihat tip 2). Salah seorang yang menang boleh belanja yang lain.
Makan/minum sebelum bermula
Otak korang kena ada tenaga untuk ‘berlari’! Pastikan perut tak kosong atau tekak tak dahaga sebelum masuk untuk menang.
Percaya dengan gerak hati
Dalam situasi terdesak, ikut naluri korang untuk memulakan jurus yang kita semua perolehi di zaman sekolah… seni jurus tembak. Biarkan gerak hati korang memilih jawapan yang bunyi atau rasa macam betul!
Have fun!
Sekarang, korang dah bersedia secara fizikal dan mental untuk menyertai Yoodo Quiz Night pada setiap hari Khamis di bulan Julai! Korang mungkin menjadi juara seterusnya yang akan membawa pulang baju T edisi terhad Yoodo dan sehingga RM30 dalam bentuk kredit Yoodo. Korang tak perlu jadi pengguna Yoodo untuk menang, jadi ajak kawan-kawan yang lain (dan cuba yakinkan diorang untuk tukar ke Yoodo)!