Ini cara untuk menyambut Tahun Baru Cina… dengan sedikit kelainan

Ada pelbagai cara yang berbeza untuk menyambut Tahun Baru Cina untuk setiap keluarga kaum Cina!

Walaupun ada persamaan seperti makan besar, makan limau, dan memberi (menerima) angpau, ada juga yang mempunyai tradisi yang agak unik. Kami tanya rakan kerja Yoodo dan ini ada beberapa kelainan yang mereka kongsikan!

Tahun baru, makanan pun baru?

Makan besar bersama keluarga paling mantap!

Keluarga saya mula jemu dengan juadah yang sama setiap tahun, jadi kami mulakan tradisi memakan juadah antarabangsa seperti pizza, spageti, dan lain-lain. Pernah sekali sepupu saya masak shakshuka! Menu tahun ini adalah makanan jepun, jadi saya tengah belajar cara untuk memasak nasi sushi. Penat, tapi berbaloi sebab semua orang teruja! – JB

Tilik nasib

guna kristal dan dreamcatchers. Setiap tahun, makcik saya akan buat bacaan tarot untuk sesiapa yang datang ke rumahnya. Dan ya, tahun lepas dia belajar guna Zoom supaya dia boleh buat tilik nasib untuk anak-anak saudara secara online.. – WM

#TahunBaruCinaMuhibbah

Saya orang India tetapi Ah Ma (nenek) saya orang Cina. Semasa beliau masih hidup, akan ada wartawan yang membuat liputan mengenai makan besar kami untuk surat khabar bahasa Tamil pada setiap tahun, selama 10 tahun. Rasa agak janggal, sebab masa untuk keluarga tetapi ada orang luar ambil gambar. Saya tak pernah baca artikel-artikel tersebut… sebab tiada siapa pandai baca Tamil dalam keluarga saya. – T

Dengar cerita ada tema sedondon…

Mak mertua saya akan paksa semua orang pakai kemeja-T bertemakan haiwan zodiak untuk sesi bergambar keluarga pada hari pertama Tahun Baru Cina. Betul, SEMUA ORANG. Semua pakai baju yang sama, dari mak ayah, anak-anak, menantu-menantu, cucu-cucu (bayi pun) DAN KUCINGNYA. – HG

Hari-hari makan chap chai

GIF percuma ini tak boleh tunjukkan betapa hebatnya chap chai.

Abang saya suka betul dengan chap chai masakan Popo (nenek) saya yang menggunakan baki bahan masakan Tahun Baru Cina. Semasa abang saya baru mula bekerja dan tak dapat cuti Tahun Baru Cina, Popo kami masakkan chap chai untuk makan besar! Mula-mula macam pelik, tapi sekarang pelik kalau tak ada! – KS

Kami sukakan kelainan untuk Tahun Baru Cina – dan kalau anda lakukannya, anda boleh mencipta tradisi dan cerita baru untuk dikongsi bersama. Tak perlu layan drama yang sama setiap tahun… macam filem pendek Tahun Baru Cina kami. 😉

Oh, dan kalau anda ada tradisi baru, nak tak rakamkan memori indah tersebut dengan telefon pintar baru? Anda boleh berpeluang melakukannya dengan kempen HOOat HOOat Tahun Baru!

Anda hanya perlu belanja RM25 pada pelan Yoodo untuk berpeluang memenangi

  • Apple iPhone 13
  • VIVO V23e 5G
  • Huawei Nova 9
  • RENO 6 Z 5G
  • E-Ang Paos worth RM28

Gong Xi Fa Cai daripada kami di Yoodo kepada anda di rumah! Kekal selamat, kekal gembira, dan ingat HOO does it better 🙂