Ah, membeli-belah pakaian dan fesyen adalah satu kepuasan. Bermula dengan masuk ke kedai… ternampak papan tanda diskaun… menyentuh fabrik… bandingkan gaya… sehinggalah ke memburu unit terakhir yang ada untuk saiz anda…
Kami okay je. Tak rindu pun shopping…
Tetapi, tak semua orang boleh membeli-belah secara fizikal seperti dahulu. Disebabkan beli secara online adalah pilihan yang sedia ada, kami nak kongsi beberapa tip untuk anda berbelanja dengan lebih bijak.
Penuhkan troli
Kami tahu perasaan nak sapu semua semasa kemuncak promosi jualan! Kami juga tahu yang benda ini boleh buat bajet bulanan anda kering sehingga terpaksa makan maggi kosong sepanjang bulan…
Jadi, anda boleh penuhkan troli dengan sebanyak mana pakaian yang anda mahu… kemudian, jangan terus bayar. Tinggalkan troli sebentar. Apabila anda sudah tenang, anda mungkin akan sedar yang seluar bellbottoms warna merah jambu dan hijau yang anda pilih tadi bukan pembelian berbaloi, walaupun selepas 80% diskaun. Anda boleh teruskan bayaran dengan barang-barang yang masih buatkan anda teruja nak beli, dan simpan yang lain untuk promosi seterusnya (atau kalau anda guna ZALORA, masukkannya ke Wishlist sementara menunggu).
Beli belah di luar musim
Apa yang mat salleh tak nak, mungkin anda nak. Kebiasaannya, jenama fesyen akan menurunkan harga untuk pakaian yang telah habis musim bagi memberi laluan kepada stok musim baru. Jadi, mungkin masa terbaik untuk mendapatkan baju nipis yang anda suka semasa musim sejuk… dan beli jaket tebal pada musim panas. Cuma pastikan anda tidak tersilap musim di antara Amerika Syarikat dengan Australia.
Tahu ukuran badan anda
Sesiapa yang pernah membeli pakaian dari negara China pasti pernah mengalami isu yang sama: anda pesan saiz biasa anda mengikut ukuran antarabangsa… dan yang sampai baju untuk tupai pakai.
Sekurang-kurangnya dia tampak hensem bergaya.
Masalah ini senang untuk diatasi jika anda tahu ukuran badan anda sendiri, dan memadankannya dengan carta saiz yang disediakan oleh penjual. Antara poin-poin penting yang perlu diberi perhatian adalah
- Ketinggian dan berat anda
- Ukuran dada, pinggang dan pinggul anda
- Kepanjangan inseam anda (ukuran dari bawah buku lali sehingga bahagian dalam kaki yang bersambung dengan badan anda
- Ukuran tali dan cup bra anda (untuk pembeli yang memakai bra)
Anda mungkin perlu merekodkan ukuran yang berbeza untuk fabrik tertentu, tetapi cara ini boleh menyelamatkan anda daripada masalah tersilap saiz yang berulangan.
Jadi pakar fabrik
Baju lengan panjang yang bersinar itu mungkin nampak cantik pada skrin tetapi anda boleh ‘berkicap’ kalau pakai waktu siang. Tetapi mungkin, ia boleh digunakan untuk memanaskan badan anda semasa berada di meja pejabat yang juga merupakan Kutub Utara Malaysia…
Anda perlu memeriksa butiran fabrik dan bahan yang digunakan untuk mengetahui samada pakaian tersebut ringan/berat, serap peluh atau tidak, dan samada boleh dicuci menggunakan mesin atau tangan. Oh, bercakap mengenai cucian…
Baca arahan cucian
Tiada sesiapa boleh melarang anda daripada memasukkan pakaian ‘dry-clean only’ ke dalam mesin, walaupun polis fesyen sekalipun. Tetapi kalau pakaian anda kecut atau merekah, jangan cakap kami tak ingatkan!
Ikut arahan cucian pada tag pakaian anda, dan cuba cuci berasingan dahulu untuk memastikan warna tidak luntur. Renyah, tetapi sejujurnya, ramai yang tak peduli. Tetapi amalan ini dapat memastikan pakaian anda bertahan untuk tempoh yang lebih lama (dan mengelakkan baju putih anda menjadi merah jambu SEKALI LAGI…)
Rapat dengan tukang jahit
Lengan baju menggelebeh nampak bergaya untuk tikus kartun. Untuk orang, taaaak berapa sesuai.
Kebiasaannya, pakaian yang anda beli tidak dapat muat dengan sempurna seperti yang diperagakan oleh model. Walaupun anda seorang model. Di sini bantuan dari tukang jahit boleh selamatkan keadaan!
Tukang jahit boleh melabuhkan, memendekkan, atau memotong bahagian-bahagian tertentu untuk memastikan pakaian anda muat di badan anda. Anda juga boleh cuba menjahit sendiri (kalau anda masih ingat kelas Kemahiran Hidup).
Ambil tahu polisi pemulangan
Walaupun dengan langkah-langkah di atas, kadangkala anda terbeli a) pakaian yang tak cantik b) tak padan dengan pakaian lain yang anda ada c) tak nampak macam gaya yang kena dengan anda.
Kepada diri saya dua hari lepas: APA benda yang kau beli ni???
Jangan risau, polisi pemulangan ada. Pastikan anda ambil tahu samada pesanan anda boleh dipulangkan, cara-caranya, dan berapa lama penjual ambil masa untuk memproses. Kalau tak dapat pulangkan, mungkin anda boleh jual dengan harga murah kepada kawan?
Anda bernasib baik jika anda membeli-belah di ZALORA, kerana polisi pemulangan sah sehingga 30 hari selepas menerima pesanan anda, dengan syarat pakaian tersebut masih dalam keadaan asal, beserta tag dan bungkusan. Anda hanya perlu membungkusnya semula, hantar permohonan anda secara online, isi dan tampal slip pemulangan, hantar bungkusan tersebut, dan tebus pemulangan wang atau barangan gantian. Sangat mudah, Anda boleh dapatkan maklumat lanjut di sini.
Nikmati tawaran Tahun Baru DAN tawaran sepanjang tahun dengan ZALORA!
Jika anda seorang pengguna Yoodo, kini lebih mudah untuk anda mendapatkan diskaun tambahan jika anda membeli pakaian di ZALORA!
Anda hanya perlu menggunakan kod promo eksklusif untuk mendapatkan diskaun tambahan serta pulangan tunai.
Jika anda seorang pengguna baru, ada juga kod diskaun yang boleh digunakan sekali sahaja.
Dapatkan maklumat lanjut di laman tawaran ZALORA, dan selamat membeli belah pakaian baru dengan tip-tip di atas!