Hack media sosial untuk rakyat Malaysia

Menurut Hootsuite and We Are Social, Malaysia adalah negara kelima di dunia dan PERTAMA di Asia Tenggara untuk penggunaan media sosial mudah alih. Jadi kalau ada orang merungut mengenai tabiat korang yang suka melekat pada telefon, bagitau mereka yang korang tengah tolong sumbang ke arah mengekalkan rekod negara.

Untuk pengguna yang lebih santai, atau korang yang tak suka ‘menggodek’ tetapan macam saintis, ada banyak cara untuk membuatkan media sosial korang lebih seronok, memuaskan, dan… sosial! Kitorang tanya Team Yoodo untuk tip memenangi media sosial. Ini tip-tip untuk korang semua:

Twitter

  • Tweeting macam burung hantu dibenarkan. Tapi lebih baik tweeting menggunakan mod malam (night mode) untuk melindungi mata. Tap/klik pada gambar profil korang dan pilih mod Dark atau ikon mentol. Tap/klik semula untuk menukar kembali.
  • Berhujah menggunakan tweet yang banyak adalah seperti burger yang terlebih isi; mungkin sedap, pasti berselerak. Tukar kesemua itu menjadi jalur/bebenang supaya sesiapa yang nak lihat cerita penuh tak perlu skrol jauh-jauh.
  • Simpan tweet untuk bacaan kemudian menggunakan ‘Bookmarks’ pada telefon korang. Ketik ikon perkongsian, kemudian ‘Add Tweet to Bookmarks’. Korang boleh tengok semua Bookmarks di bawah menu profil.
  • Suka gambar atau video, tapi bukan kapsyennya? Tekan dan tahan pada media tersebut, pilih Tweet GIF/Photo/Video, dan selesai. Ia juga boleh dilakukan melalui desktop, cuma agak sedikit kompleks. (Peringatan mesra: Pastikan korang memberi kredit kepada sumber apa sahaja yang korang tweet! Yoodo menyokong komuniti kreatif kami.)
  • Tak ada mood nak skrol? Tak payah gunakan tetikus dengan cheat kekunci Twitter. Navigasi di antara tweet menggunakan kekunci J/K. Klik L/R/T untuk like/reply/retweet, block/mute dengan B/U dan carian dengan menekan /. Kitorang boleh sambung lagi, tapi korang sebenarnya boleh dapatkan senarai penuh dengan mengklik pada gambar profil melalui desktop dan pilih ‘Keyboard Shortcuts’.
  • Korang ada matlamat, tweet atau lawak viral yang korang nak orang tau? Pin pada profil! Klik pada menu dropdown untuk tweet original korang (bukan RT) dan pilih ‘Pin to your profile’.

Faham kan?

Facebook

  • Kita semua pernah ter-refresh timeline semasa membaca atau menonton post menarik… dan dah tak nampak post itu lagi. Kalau benda ini jadi sekali lagi, korang boleh lihat semula senarai post tersebut di facebook.com/seen.
  • Tak boleh ajak semua orang untuk layan filem sama-sama? Cuba Watch Party pulak. Watch Party membolehkan korang untuk menonton video secara berkumpulan, chat dan meninggalkan komen. Dapatkan maklumat penuh dengan sedikit bantuan daripada Facebook.
  • Nak cuba layan Facebook macam lanun atau terbalik? Buat senaman minda (atau gelak sampai keras perut) dengan pelbagai pilihan bahasa yang ada di Facebook. ‘English (Pirate)’ dan ‘English (Upside down)’ adalah antara pilihan yang korang boleh cuba.
  • Sukakan satu post sehingga korang nak simpannya? Korang boleh simpan post tersebut untuk lihat kembali pada bila-bila masa. Tekan butang menu berbentuk tiga titik pada atas post dan tekan pilihan ‘Save Post’. Korang pun boleh kumpulkan semua post dalam satu koleksi untuk pastikan resipi dan meme diasingkan.
  • Ini caranya untuk korang tengok balik kesemua friend request yang korang dah hantar, tapi tak diendahkan atau dilupakan. Nak tengok siapa yang buat macam tu kepada korang, tekan pada ikon Friends, kemudian ‘Find Friends’ >> ‘View Sent Requests’.

Instagram

  • Cantikkan post dan bio korang dengan stail tulisan istimewa – dan bukan hanya bold atau italic. Penukar teks unicode (macam ini) memberikan korang pilihan menarik untuk menghias profil korang.
  • Sukakan Lark tapi tak sangat Charmes? Tambah, padam dan susun filter Instagram korang dengan skrol kanan ke hujung senarai filter dan klik ‘Manage’. Simpan semua filter kegemaran korang.
  • Arkibkan post Instagram untuk sembunyikannya daripada semua orang kecuali diri sendiri. Tap pada post yang anda mahu, tekan menu tiga titik pada bahagian atas kanan dan pilih ‘Archive’.
  • Suka biru… atau hijau, atau oren? Ambil gambar melalui Stories, kemudian tekan dan tahan ‘pen tool’ untuk mengisi skrin dengan satu warna. Masukkan warna lut cahaya sebagai overlay menggunakan cara yang sama dengan ‘highlighter’.
  • Dah bosan dengan filter Instagram Story yang biasa? Ikuti pencipta AR seperti @dvoshansky / @johwska / @charreel untuk cuba teknik yang lain.
  • Pastikan Instagram mengingatkan korang untuk tidak hanyut dalam waktu skrol dan gambar tanpa henti. Tetapkan had masa dengan pergi ke ‘Settings’ >> ‘Account’ >> ‘Your activity’ >> ‘Manage your time’. Instagram akan memberi peringatan kalau korang dah habiskan had masa.

Sekarang korang dah tau semua teknik-teknik ini, masa untuk lakukannya secara online! Kalau korang kaki media sosial, pasti korang suka add-on media sosial kitorang. Dapatkan pakej data untuk Facebook, Instagram dan Twitter (baru dan atas permintaan ramai)! Harga add-on bermula dari RM5/bulan supaya korang boleh ubah suai pelan mengikut aktiviti online korang sendiri. Katakan tidak kepada FOMO dan ya kepada Yoodo – serta semua benda lain yang korang suka!