Panduan 101: Kudapan & snek Deepavali

Deepavali (atau Diwali, kalau korang nak rasa fancy) akan tiba tak lama lagi dan kita semua pasti tak sabar untuk meraikan pesta cahaya ini… dan paling penting boleh makan puas-puas!

Tetapi, sebut pasal makan, korang betul-betul kenal ke dengan juadah kegemaran berkaitan perayaan ini?  Untuk elak memalukan diri di hadapan aunty-aunty, berikut adalah cara untuk mengenali antara snek & kudapan kegemaran kaum India.

Tip paling penting yang pertama: Tak semua yang rangup itu kacang putih, Jangan pandai-pandai panggil semua snek kacang putih.

Nanti kena lepuk dengan uncle.

Mathri

Sumber: Mdsmds0, CC BY-SA 4.0, Wikimedia Commons

Biskut tradisional yang berasal dari Utara India ini datang dalam versi manis dan juga versi berempah. Versi berempah kebiasaannya digoreng dengan lebih rempah-ratus untuk menambah rasa dan kerangupan.

Ladoo

Sumber: Thamizhpparithi Maari, CC BY-SA 3.0, Wikimedia Commons

Tak kisah samada korang panggil snek ini ladu, ladoo, atau laddoo. Paling penting, ia memang sedap. Semua orang ada cara memasak dan resipi yang berbeza, tetapi kebiasaannya ia melibatkan campuran tepung, lemak dan gula.

Omapodi

Sumber: BABAS

Omapodi diperbuat daripada adunan tepung kacang kuda, tepung beras dan rempah-ratus. Korang mungkin panggil snek ini sebagai “murukku halus yang panjang tu”, dan mungkin kena gelak lepas guna panggilan tersebut.

Nei urundai

Sumber: BABAS (ya, sekali lagi)

Sebiji sahaja memang tak cukup! Bebola ghee yang manis dan berempah ini mungkin kelihatan ringkas, tetapi teksturnya yang rapuh dan kesedapan rasanya pasti buatkan korang terbayang-bayang.

Snek Campuran Bombay

Sumber: TimeOut

Juga dikenali sebagai kacang putih, chevdo, chuda, atau chanachur. nek ini telah menjadi kudapan kegemaran turun-temurun. Dan kalau ada orang tegur korang makan banyak sangat, ingatkan diorang yang dalam snek ini ada “sayuran” seperti kacang tanah dan kacang pis.

Mysore Pak

Mmm, berlemak. Sumber: Charles Haynes, CC BY-SA 2.0, Wikimedia Commons

Ghee, gula, tepung kacang kuda dan buah pelaga merupakan bahan-bahan untuk menghasilkan ramuan manisan berlemak ini. Ia boleh jadi keras dan berliang atau lembut dan padat bergantung kepada jumlah ghee yang digunakan.

Chikki

Sumber: Sarangbombatkar, CC BY-SA 4.0, via Wikimedia Commons

Secara tradisionalnya, manisan ini dihasilkan menggunakan kacang tanah dan gula merah – namun ada juga yang menggunakan lain-lain jenis pemanis dan kekacang. Macam mana pun, satu sahaja kesimpulan: semuanya sedap.

Kesari

Sumber: Babithajcosta, CC BY-SA 4.0, via Wikimedia Commons

Kesari mendapat namanya daripada beberapa perkataan dalam bahasa/dialek India yang membawa makna safron, bahan yang memberi warna keemasan. Resipinya berbeza bergantung kepada tempat (atau rumah), namun ia kebiasaannya diperbuat daripada suji, gula, ghee, air dan susu.

Pakora/pakoda/bhajji

Sumber: Damien Ramon Naidoo, CC BY-SA 3.0, Wikimedia Commons

Rangup di luar dan kenyal di dalam, kudapan goreng ini boleh buat kitorang lapar. Kalau ada yang tegur lagi… kudapan ini juga ada sayuran di dalamnya, jadi okay-lah kot, kan, kan? 😉

Dan akhirnya...murukku

Sumber: Pazha.kandasamy, CC BY-SA 3.0, Wikimedia Commons

Apa akan jadi pada Deepavali tanpa snek dengan rasa sedap, pedas, tajam/smooth ini? Resipi ini secara tradisional mengandungi tepung beras, tepung dal dan garam, tetapi kitorang suka ubah suai resipi: lebih tepung kacang kuda, bijan, cili, jintan … belum masuk lagi tentang ubah suai bentuk dan rupa! Setiap keluarga mungkin mempunyai resipi yang berbeza, walaupun ramai yang munchkin guna residi di belakang bungkusan Brand ABC Murukku Mix. Nampak senang nak buat, terapi sebenarnya tak. Itu sebab kawan-kawan kaum India “hilang” semenjak beberapa minggu yang lalu.

Lihat tribute Murukrew kitorang untuk kisah sebenar di sebalik semua murukku, dan kongsi gelak tawa dengan rakan-rakan anda, sambil menikmati perayaan cahaya tahun ini, walaupun secara atas talian!