Walaupun PKP telah dilonggarkan sedikit, perjalanan antara negeri masih dilarang – jadi tahun ini, kita semua tak boleh balik kampung untuk memastikan ahli keluarga kita selamat.
Walaupun PKP telah dilonggarkan sedikit, perjalanan antara negeri masih dilarang – jadi tahun ini, kita semua tak boleh balik kampung untuk memastikan ahli keluarga kita selamat.
(Dendang Perantau plays softly in the background)
Untuk korang yang tak biasa anjurkan konvoi/berkumpul secara besar-besaran dengan sanak saudara, duduk rumah bukanlah halangan untuk korang cuba raikan semangat Aidilfitri dengan cara di luar kebiasaan. Jadi, kalau korang rasa down sebab #TeamRayaKL atau #TeamRayaBukanKatKampung tahun ini, ada beberapa cara untuk korang “ambil” mood Raya:
Kalau korang ada bahan-bahan dan masa yang cukup, apa kata korang ajak ahli keluarga ke dapur dan buat kek, tart dan kuih raya tradisional kegemaran. Kalau tak sempat, inilah masanya untuk korang pesan dari peniaga-peniaga kecil bagi membantu mereka.
Korang pun boleh cuba jadi kreatif dan ubah suai kuih-muih tradisional yang sedia ada. Baru-baru ini kitorang baru tahu yang tart nenas gulung merupakan hasil kreativiti seseorang dengan penggunaan bulatan pastri. Siapa tahu, korang mungkin boleh mulakan trend viral!
Bahan cerita kelakar di pagi Raya
Disebabkan tak balik kampung, inilah masanya untuk korang kemas dan hias rumah sendiri. Mood korang pasti berbeza lepas mencantikkan rumah sendiri. Apa lagi? Mula keluarkan sarung kusyen setahun sekali, antimacassars (ala…yang…alas kain berenda …tapi letak atas sofa/kerusi tu) dan lain-lain hiasan istimewa. Nama pun perayaan istimewa.
Untuk korang yang berjaya siapkan baju raya awal-awal tahun ini, korang memang MVP sebenar.
Kalau tak sempat, korang kena jadi kreatif: suai padan baju raya 2019 menjadi fesyen baru, tukar baju raya 2019 dengan adik beradik (kalau saiz samalah) atau…dan ini penting…beli baju raya last-minute dan amalkan penjarakan sosial. Pakai topeng, pastikan tangan bersih, dan kekalkan jarak selamat 2m dari pelanggan lain. Dan sudah tentu, basuh pakaian baru tersebut sebelum pakai!
Harap korang semua masih boleh jadi sedondon!
Walau berjauhan, kitorang rasa kita semua masih perlu berhubung dengan sanak saudara masing-masing semasa Aidilfitri. Kalau tak boleh balik kampung, buat panggilan ke kampung. Walaupun korang forward mesej Raya banyak-banyak #likeaboss, pastikan korang bercakap juga dengan sanak saudara dan kawan-kawan untuk mengucapkan selamat hari raya dan berkongsi cerita.
Sebab diorang sebenarnya menunggu panggilan kita..
Buat panggilan dengan sanak saudara, mohon kemaafan, kemudian hantarkan semua nombor bank akaun yang korang ada. Biar diorang pilih nak bank in duit raya ke akaun yang mana. Mata duitan? Mana ada. Korang cuma senangkan kerja diorang kutip pahala bersedekah di pagi raya.
#brocuba
Tapi kalau korang dah berkahwin dan bekerja, bersedia secara mental untuk terima mesej seperti yang di atas.
Kalau orang lain tak boleh datang, kita bawa rumah kepada mereka. Anjurkan rumah terbuka secara online! Semua orang boleh berkumpul untuk watch party, dan bersembang serta menikmati juadah raya bersama-sama secara virtual. Inilah sebabnya kenapa inisiatif Data 1GB percuma dicipta.
Mari eratkan hubungan…sekurang-kurangnya 2m di antara satu sama lain.
Tiada siapa pernah meraikan Hari Raya seperti ini. Dengan sedikit penjagaan dan langkah waspada, kitorang harap Hari Raya seperti ini tidak akan berulang. Tapi untuk tahun ini, kekalkan semangat Aidilfitri. Semangat tersebut takkan berubah. Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir & Batin daripada kitorang semua di Yoodo.