Sekarang ini (atau lebih tepat semenjak beberapa bulan yang lalu) ramai yang bercakap mengenai 5G, penamatan 3G, Right now (or even over the past months) there’s been lots of talk about 5G, 3G sundown, kabel gentian dan macam-macam lagi. Semua ini boleh buat bos-bos syarikat teknologi dan telco berdebat panjang, tetapi… kalau kawan baik anda Mak Cik Kiah dan bukannya Elon Musk, apa sebenarnya 5G ini?
Not to worry. Your friends at Yoodo are here to explain.
Apa maksud G sebenarnya?
G di sini bermaksud Generation (Generasi), dan bukannya
- Gorila
- Gelombang
- Ganas
(maafkan kami gorila ganas, artikel ini bukan untuk anda)
Teknologi rangkaian dibahagikan kepada beberapa generasi, dan setiap generasi akan dilancarkan dengan piawaian antarabangsa yang mengawal a) bagaimana rangkaian berfungsi, dan b) apa yang boleh dihantar melalui rangkaian tersebut. 2G memulakan era SMS, 3G memperkenalkan internet mudah alih, dan 4G menambah jalur lebar serta sokongan video.
Jadi, sebagus mana 5G ini?
5G akan memperkenalkan internet yang lebih pantas, kurang lag, dan lebih bandwidth. Ia juga mampu menyokong pelbagai trafik pada masa yang sama! Jadi anda boleh melakukan lebih banyak aktiviti pada satu masa seperti membuat panggilan video dengan ahli keluarga sambil mengadakan watch party dengan geng Netflix anda sambil memuat turun game terbaru. Hubungan internet anda tak akan ‘semput’.
Untuk memberi laluan kepada 5G, salah satu daripada perkara terawal yang akan dilakukan oleh telco adalah… menamatkan servis 3G?
Sekejap, kenapa kena tutup 3G?
Cara termudah untuk memberi penjelasan adalah, bayangkan bandwidth telco anda ibarat lebuh raya. Data anda adalah seperti kenderaan yang bergerak mengikut lorong tertentu.
Kena laju beb!
5G menggunakan spektrum yang lebih lebar, bermakna, ‘kenderaan’ anda boleh bergerak menggunakan sebanyak mana lorong untuk tiba ke destinasi. Manakala 3G menggunakan spektrum yang lebih kecil — dan bertindih dengan 5G. Dan ia akan menyebabkan fenomena paling dibenci rakyat Malaysia… kesesakan lalu lintas.
Dengan menamatkan 3G, kesemua saluran atau lorong tersebut akan dikosongkan untuk digunakan oleh 4G dan 5G, dan memastikan lalu lintas kekal lancar untuk semua orang.
Jadi, apa pelan untuk Malaysia?
Nasib baik korang tanya!
Program JENDELA kebangsaan mempunyai dua fasa dalam memperkenalkan liputan 5G untuk seluruh negara
- Fasa 1 akan menamatkan liputan 3G, meningkatkan liputan 4G dan kelajuan jalur lebar mudah alih, serta menggantikan menara pemancar dengan kabel optik bawah tanah. Sasaran kerajaan adalah meluaskan liputan jalur lebar mudah alih 4G dari 91.8 peratus ke 96.9 peratus di kawasan berpopulasi.
- Fasa 2 akan melancarkan liputan 5G secara menyeluruh dan menaik taraf perhubungan digital di seluruh negara.
5G dijangka akan dilancarkan di Malaysia pada penghujung tahun 2021. Pelancaran akan bermula di KL, Putrajaya dan Cyberjaya, serta beberapa kawasan di Selangor, Pulau Pinang, Johor, Sabah dan Sarawak pada tahun 2022. 5G dijangka akan tersedia di seluruh negara menjelang tahun 2023-2024.
Yoodo menggunakan rangkaian Celcom, yang telah mula menamatkan liputan 3G di Putrajaya, KL, dan beberapa kawasan di Selangor/Pahang/Perak. Kami akan terus memberi maklumat terkini melalui laman web kami dan laman web Celcom. Jika anda mempunyai sebarang soalan, anda boleh menghubungi kami melalui media sosial dan kami akan memberikan jawapan yang diperlukan.