Pernah tak korang kenal kawan yang mengembara sehingga ke seluruh pelusuk dunia dengan bagasi paling kecil pernah korang tengok, dan masih ada ruang untuk simpan cenderahati? Kita pula beg untuk satu malam pun dah nampak macam almari…
Tutup… TUTUP!!
Jangan risau, Team Yoodo ada di sini! Kitorang dah sama-sama perah otak untuk membuat senarai yang korang boleh ikut untuk melancong dengan lebih ringan, padat, kemas dan mungkin sedikit lebih stylo. Selamat membaca!
Buat senarai
First item on the list: make the list.
You know what they say about failing to plan and planning to fail. Take a few minutes to list down what you’ll need for the trip. This makes sure you’ve noted down everything you need…and can add or subtract from the list before you even unzip your bags. No more forgetting your passport or packing duplicate items!
‘Potong’ separuh
Bukan potong bagasi – maksud kat sini adalah barang-barang dalam bagasi korang. Atur semua barang yang korang nak bawa untuk melancong… dan pilih yang betul-betul korang perlukan. Jadi kreatif terutamanya dengan pakaian korang. Jangan malu nak pakai semula baju/seluar berulang kali dan basuh baju sepanjang perjalanan, dan korang akan ada ruang ekstra untuk cenderahati dan membeli-belah!
Gulung, jangan lipat
Menggulung pakaian boleh tolong simpan dengan lebih kemas dan kurangkan kedut serta kesan lipatan. Malah, salah seorang daripada penulis kitorang menggulung kesemua pakaiannya sekali menjadi buritto gergasi, supaya dia tak payah nak susah-susah mencari pakaian. Ada banyak teknik dan tutorial online yang boleh tolong korang dengan kaedah yang paling sesuai.
Pakai berlapis
Ya, maksud kitorang tambah lagi barang. Dalam semua ini, mana satu yang akan ambil paling sedikit ruang dalam beg korang: kot bulu, atau dua baju tebal dan sepasang baju panas? Apabila korang pakai baju berlapis, korang ada kebebasan bukan sahaja untuk ruang dalam beg, malah untuk menghadapi cuaca (suai padan pakaian mengikut cuaca panas/sejuk/basah) dan gaya (pakai jaket contohnya boleh tutup hakikat yang korang dah pakai t-shirt yang sama untuk 3 hari berturut-turut).
Pisahkan botol cecair
Um, kitorang harap korang dah ketatkan penutup botol…
Siapa boleh jangka bila sesuatu nak terbuka, meletup atau tumpah di sepanjang perjalanan – jadi asingkan cecair dalam beg yang boleh ditutup untuk memastikan semuanya selamat dan tak mengotorkan barangan lain. Untuk perlindungan tambahan, korang buka penutup, bungkuskan bahagian atas dengan plastik, kemudian tutup balik bekas itu.
Guna kotak penyimpan
“But if I pack less stuff, what if they all get jumbled up during my trip?” you ask. This is where packing cubes and the like come in! They help you save space, categorise your clothes and items, and will come in very handy when you’re trying to keep your spare shoes from leaving footprints on the rest of your clothes. And speaking of bags…
Masukkan lebih beg dalam beg
Korang pasti akan bersyukur bila boleh bawa barang tambahan di penghujung perjalanan (atau sebelum mula). Bawa sekali beg yang boleh diguna semula untuk dijadikan beg perjalanan, beg membeli-belah, atau alternatif mesra alam kepada beg plastik.
Dan kalau beg korang tak cukup… dan korang nak benda baru dan menarik… dan boleh bertahan untuk bertahun lamanya… kitorang ada tip untuk korang!
Menangi bagasi SAMSONITE dengan kempen Saya Suka Roam Like Home
Dari 25 Mei – 31 Julai 2019, kitorang nak bagi peluang kepada peminat perantauan Yoodo untuk memenangi sebuah bagasi SAMSONITE ARQ Spinner suitcase (55cm/20in) berwarna matte copper. Ia padat, meluncur dengan sempurna, dan datang dengan kunci beserta kod untuk membukanya!
Untuk layak menyertai kempen ini, korang kena belanja minimum RM30 pada Roam Like Home atau Roam Like Home Plus, di mana korang boleh menggunakan pelan tempatan di 53 buah negara. Jadi korang ada banyak masa untuk menunjukkan skil mengemas korang – dan belajar tip baru. Selamat merantau, Yoodo-ers, dan ingat: ke mana sahaja korang pergi #youdoitbetter!