Kami gemar membantu rakyat Malaysia menjadi lebih baik. Disebabkan itu, kami pun kena sentiasa menambah baik diri dan perkhidmatan kami!
Baru-baru ini kami melancarkan versi terbaru aplikasi mudah alih kami yang juga merupakan gerbang untuk segalanya berkaitan Yoodo. Jadi, anda berpeluang untuk menikmati kelebihan yang ditawarkan oleh ‘pendatang baru’ ini:
Rekaan yang terkini
Kami basuh, lap, letak wax dan sanitasi – oh, silap, itu dari kerja sampingan kami…
Masyuk dan mencergaskan badan. — Penulis Q
…ahem. Apa yang kami nak cakap adalah aplikasi baru ini datang dengan ikon baru, rupa baru, dan ada juga Mode Gelap atau Dark Mode (Akaun >> Tetapan). Kami juga menambah fungsi Lawatan Aplikasi untuk membawa meneroka aplikasi dan fungsi-fungsi baru. Jadi, jangan malu, jangan segan, jom cuba!
Hitam memang kena dengan semua benda.
Laman utama yang lebih jelas
Kini lebih mudah untuk anda memeriksa pelan dan Add-On anda, beli Power Pass untuk data berkelajuan tinggi, dan mendapatkan maklumat pantas berkaitan promosi eksklusif bagi pengguna Yoodo!
(Kami juga letak pautan ke laman Shopee kami, mana tahu anda nak tayangkan rasa cinta anda terhadap telco digital boleh diubah suai Malaysia ini. Manalah tahu kan.)
Tukar pelan dengan lebih mudah
Pilih pelan yang telah ditetapkan, ubah suai kombo terhebat anda, atau tambah sedikit kuota semasa diperlukan. Semuanya boleh dilakukan dengan beberapa klik sahaja.
Pembayaran yang lancar
Uruskan kaedah pembayaran dan Wallet Yoodo anda dengan pantas dan efisien melalui tab khas Pembayaran. Kini anda boleh membeli pelan menggunakan kad debit/kredit, platform pembayaran atas talian atau e-Wallet pilihan anda.
Tab ini juga memaparkan rekod pembayaran anda supaya anda boleh mengingatkan diri sendiri untuk tidak membeli Add-On betul-betuuuul sebelum pelan anda diperbaharui. Eh, kami sahaja yang buat? ?
Kejutan kod promosi!
Oh penjimatan, cinta hati kita semua. Sekarang anda boleh dapatkannya dengan lebih kerap! Jangan terlepas kod promosi pada aplikasi (atau melalui notifikasi) dan gunakannya untuk mendapatkan lebih banyak diskaun.
Pengurusan talian yang lebih mudah
Tekan ‘Urus Talian’ pada bahagian dashboard untuk memesan/mengaktifkan SIM baru, menamakan semula, menamatkan, menggantung atau memesan SIM gantian untuk sehingga 5 talian semasa Yoodo. Jangan lupa untuk menamakan semula talian anda supaya tak terlupa atau keliru!
Bantuan kini lebih… membantu
Tab Bantuan telah dinaik taraf dengan pautan pantas ke Soalan Lazim, forum Komuniti kami, Live Chat dan pemeriksaan tahap liputan. Anda juga boleh melihat rekod bantuan anda pada Laporan Isu jika anda anda perlu merujuk mana-mana transkrip atau prosedur terdahulu semula.
Ia betul-betul… memberi yang lebih baik
Secara ringkasnya, kami bawa pengalaman penggunaan baru yang lebih mudah, lebih banyak fungsi, dan lebih cantik, menarik, tertarik. Kami harap anda sukakannya!
Jika anda belum muat turun aplikasi ini, anda boleh lakukannya sekarang (iOS muat turun di sini, Android muat turun di sini dan Huawei muat turun di sini) dan sambut kedatangan masa hadapan di mana segalanya dilakukan dengan lebih baik… bersama-sama sidekick anda, aplikasi Yoodo ✨