KEMBALI KE ARTIKEL

6 cara untuk sentiasa mengikut trend terkini dari rumah

Ogos 4, 2021

Terperuk di rumah tak bermaksud anda tak boleh bergaya dan berfesyen, kan?

Jadi, kalau anda nak menukar koleksi pakaian anda dan menyerlahkan gaya baru untuk tontonan dunia, kami ada buat sedikit kajian untuk membantu anda. Ini adalah tip-tip dari pakar (atau nota penulis) untuk anda:

Padanan berbeza

unnamed

Corak tompok? Menarik. Corak jalur? Boleh tahan. Corak tompok dan jalur? Gaya hebat! Padankan corak dan fabrik berlainan untuk mendapatkan penampilan yang kena dengan anda.

Satu pun cukup

unnamed 1

Kalau anda nak jalan mudah, kami ada berita baik. Sehelai pakaian pun dah cukup memadai untuk bergaya. Maksudnya, anda boleh memakai apa jua jenis one-piece dress, jumpsuits dan overalls mengikut citarasa anda. Malah, kurang sedikit pakaian untuk dicuci.

Lipatan pun ada gaya

Seluar atau skirt yang berlipat juga adalah trend terkini. Adakah sebab bentuknya? Atau cara ia beralun? Apa yang kami tahu, kalau anda ada impian nak jadi Sailormoon, trend berlipat adalah untuk anda.

giphy

Warna neon

unnamed 1 1

Dunia ini sudah cukup suram – dan fesyen anda tak perlu jadi begitu juga! Tingkatkan gaya penampilan anda dengan warna yang terang-benderang. Bukan sahaja ia akan buat anda nampak bergaya dan menyala, ia juga akan buat pen penyerlah anda cemburu.

Bangga jadi lebar

giphy 1

Seluar jeans lebar juga kembali menjadi trend terkini. Dengan potongan yang longgar dan selesa, anda boleh bergaya tanpa perlu menjerut bahagian berbeza pada kaki anda.

Paling penting, selesa

Semua di atas adalah cadangan kami sahaja, dan stail terbaik adalah keyakinan diri anda sendiri. Jadi, asalkan anda sanggup, anda boleh mengambil masa untuk bereksperimen dengan gaya baru, atau mengubah sedikit gaya sedia ada anda.

giphy 2

Dan berita baik untuk pengguna Yoodo, anda boleh mencapai matlamat fesyen di ZALORA sambil berjimat! Anda boleh dapatkan diskaun sehingga 30% dan pulangan tunai 10% sepanjang bulan Ogos. Apa lagi, inilah masanya untuk mencuba gaya baru yang anda idamkan!

ydo jul1 zalora

Sila lihat aplikasi Yoodo untuk maklumat lanjut mengenai promosi ini, atau layari laman khas promosi ini.