Tanya khabar keluarga dan kawan
Tanya khabar keluarga dan kawan
Bila kali terakhir korang hubungi sepupu yang ada di Kanada, abang di Batu Gajah atau kaki korang di Kranji? Luangkan sedikit masa untuk bertanya khabar, mereka juga mungkin sama-sama berkongsi kerisauan atau stres seperti korang.
Sertai watch parties dan livestreams
Benda yang lebih seronok daripada termenung sambil melayan Netflix adalah… termenung sambil melayan Netflix dengan kawan-kawan dan keluarga. Sambungan pelayar Netflix Party ini membenarkan korang menonton rancangan kegemaran bersama-sama kawan dan kelurga di seluruh dunia. Sediakan popcorn dan ajak kawan korang menonton rancangan, atau layan livestreams di Facebook, Discord atau Twitch.
Sumbang masa atau duit ke arah kebajikan.
Tapi penulis Yoodo yang tak dikenali, saya betul-betul nak buat sesuatu untuk ubah situasi sekarang ini.
Kitorang faham. Pilih mana-mana amal kebajikan yang memerlukan masa, bahan-bahan atau duit korang. Belajar cara menjahit topeng muka, bayarkan barang dapur orang lain, atau tolong hebahkan kalau ada doktor yang memerlukan tempat tinggal sementara berasingan daripada keluarga. Cari #kitajagakita di media sosial, atau layari laman web rasmi mereka untuk inisiatif yang ada. Korang pun boleh melihat inisiatif dalam komuniti melalui Caremongering Malaysia.
Kita semua dah berjaya sampai sejauh ini, Malaysia. Jadi, teruskan duduk di rumah dan kekal berhubung! Kitorang juga akan membantu semua pengguna aktif dengan memberi 1 GB setiap hari sehingga 28 April. Semua orang ada cara masing-masing untuk menjalani MCO, dan kitorang di sini untuk tolong you do it better.