KEMBALI KE ARTIKEL

5 Sebab eSIM Lebih Bagus Daripada SIM Fizikal

November 15, 2022

Kalau anda belum cuba eSIM, baik anda cuba sekarang. Percayalah, sekali sudah cuba, anda akan tidak akan rasa SIM fizikal itu ada lagi kelebihannya.

 

Mungkin anda rasa menukar SIM dari fizikal ke digital adalah sesuatu yang renyah. Tetapi, sebagai telco mesra alam, kami boleh buktikan bahawa eSIM adalah pilihan yang lebih baik.

 

Tetapi, sebelum itu…

Apa itu eSIM?

Tidak seperti SIM biasa, eSIM – juga dikenali sebagai ‘embedded Subscriber Identity Module’ – adalah cip yang sedia ada dalam telefon pintar anda. eSIM boleh beri penggunaan yang sama seperti SIM fizikal dengan ciri-ciri tambahan lain.

 

Berikut adalah 5 sebab utama kenapa eSIM lebih bagus

1. Sangat memudahkan! Tanpa SIM & tidak melecehkan

Walaupun anda hanya boleh menggunakan satu pelan eSIM pada satu-satu masa, ia sebenarnya ada manfaat tersirat. Anda boleh urus pelbagai nombor dan pelan dalam satu cip eSIM tanpa perlu risau hilang atau tercicir kad SIM.

2. Selamat tinggal SIM luar negara

SIM pelancong selalunya mahal dan hanya boleh digunakan semasa anda berada di luar negara. Anda boleh elakkan caj perantauan yang tidak masuk akal dengan menggunakan eSIM Yoodo bersama pelan Roam Like Home..

 

Dengan cara ini, anda masih boleh guna nombor asal dengan pelan mudah alih serendag RM5 sehari. eSIM Yoodo juga boleh elakkan anda daripada tercicir atau kehilangan SIM asal anda.

3. eSIM lebih tahan lasak

Bunyi pelik, tetapi SIM fizikal lebih mudah rosak. eSIM pula terletak dalam telefon pintar dan dilindungi oleh komponen lain, membuatkan ia kalis air dan tahan suhu yang tinggi.

4. eSIM ada perhubungan yang lebih lancar

Komponen SIM fizikal boleh rosak dalam jangka masa panjang dan menganggu hubungan talian. Ia tidak akan berlaku pada eSIM. 

 

Lagi pun, teknologi untuk memanfaatkan eSIM akan terus berkembang, dan sudah pasti salah satu daripadanya adalah untuk menaik taraf hubungan talian serta pengalaman penggunaan.

5. eSIM boleh diaktifkan dengan pantas

Anda boleh daftar dan aktifkan eSIM Yoodo dalam masa 5 minit. Anda tidak perlu menunggu sehari dua untuk eSIM sampai seperti SIM fizikal. Anda hanya perlu memuat turun aplikasi Yoodo, seminit dua untuk menetapkan pelan serta nombor, dan imbas kod QR yang dihantar melalui e-mel.

Jadi, anda nak tukar ke eSIM? Mula sekarang dengan Yoodo melalui pautan ini.