KEMBALI KE ARTIKEL

5 acara seni KL yang korang wajib sertai

November 25, 2021

Setelah rentas negeri dibenarkan, kita semua dapat lihat orang-orang bandar berpusu-pusu menyibukkan diri ke pantai dan pergunungan untuk bersuka-ria!

nov1 1

Tapi, pernah tak korang pertimbangkan pelan dalam bandar sahaja?

nov2 1

Kami ada beberapa cadangan acara seni pada hujung minggu di KL yang korang tak boleh terlepas!

Segalanya buluh

giphy 4

Hujung minggu yang sangat bermakna untuk peminat seni buluh! Apa kata korang pergi ke acara The Bamboo House at The Godown KL untuk menyaksikan ukiran, seni dan pameran berasaskan buluh, belajar mencipta seni miniatur daripada buluh, atau layan persembahan oleh pasangan tempatan Kicau Bilau, kugiran Bamboo Sound Art, serta pemain saksofon buluh Phillipus Jani — ya, semua artis ini membuat persembahan menggunakan alat muzik yang diperbuat daripada buluh..

Belajar bersama sasterawan negara

nov4

Bukan selalu korang boleh tengok empat orang Sasterawan Negara (ada yang korang mungkin pernah nampak nama pada buku KOMSAS zaman sekolah) bertemu untuk berbicara mengenai pengalaman mereka dalam scene kesusasteraan Melayu. Sertai Prof. Emeritus Dr. Muhammad Haji Salleh, Dato’ Dr. Mohd. Anwar bin Rethwan, Datuk Dr. Zurinah binti Hassan dan Datuk Dr. Siti Zainon binti Ismail untuk mendapatkan pencerahan ke atas seni kreatif dan ekspresi tempatan di Panggung Bandaraya.

Cari tumbuhan penyeri hidup yang baru

nov5

Hanya untuk satu hujung minggu sahaja, Pasar Seni akan menganjurkan Collectors Plants Market bagi peminat-peminat flora di luar sana. Selain daripada tumbuhan kegemaran semua seperti philodendrons, caladiums dan monstera, korang juga mungkin berpeluang menemui tumbuhan yang lebih rare untuk menghiasi balkoni, halaman atau rumah hijau. Sila ke Kasturi Walk dari jam 10 pagi – 7 malam, 27 – 28 November.

Tonton animasi tempatan yang telah memenangi pelbagai anugerah

nov6

Jika korang nak tontol hasil seni tempatan yang ada kelainan, mungkin korang boleh ke REXKL pada hujung minggu untuk menonton animasi Batik Girl and The Dalang’s Tale. Pengarah Irwan Junaidy juga akan berada di sana untuk menjawab soalan selepas tayangan berakhir. Selepas menonton dinding rumah selama berbulan-bulan, memang berbaloi untuk bergerak keluar bagi menonton karya agung ini.

Alami pameran seni multimedia di… Muzium Telekom?

nov7

Pameran Traverse – Motions Through Time adalah hasil tangan bersama di antara pelajar, fakulti dan alumni MMU serta pameran tambahan oleh TM R&D dan TM ONE. Korang akan dapat mengalami pengembaraan yang mencabar minda melalui masa silam, kini dan hadapan merentas empat bab: ENTER, INTER(IN)VENTION, RETROSPECT, dan EXPERIENCE. Dalam masa yang sama, korang boleh renung-renungkan soalan ini: bagaimana anjakan persepsi mengubah kepercayaan kita terhadap beberapa industri sepanjang sejarah peradaban manusia? 

 

Muzium ini juga akan menjadi tuan rumah bagi acara Gutta Percha Trail Exhibition, Art4Love, pelancaran NEWSANTARA NFT dan lain-lain inovasi telekomunikasi.

nov8

Tak tahu nak pilih yang mana? Korang buat segalanya pada hujung minggu dengan KLWKND! Acara seni dan kebudayaan ini adalah sebahagian daripada Art in The City oleh CENDANA, yang mahu membuka tirai seni kepada semua golongan. Oh, kami pun adalah telco rasmi untuk AiTC ini. Korang boleh dapatkan maklumat lanjut mengenai KLWKND pada laman web rasmi mereka!

 

Sebagai bonus tambahan, korang boleh berpeluang memenangi iPhone 13 jika korang memuat naik Reel semasa menyertai acara KLWKND. Cuma perlu memuat naik pengalaman korang ke IG Reels dan tag @yoodomy dengan tanda pagar  #whatyoowant #youdoitbetter. Jom alami letusan kebudayaan, cipta memori indah, dan menang telefon baru!