KEMBALI KE ARTIKEL

Permainan video yang boleh tingkatkan semangat #MalaysiaPride

September 30, 2020

Semua orang suka main game – samada pada konsol, komputer mahupun peranti mudah alih! Dan disebabkan kita baru menyambut Hari Malaysia, kitorang rasa mungkin elok kalau kitorang ketengahkan beberapa game yang kita semua dengan bangganya boleh cakap: orang kita yang buat.

giphy 8

Final Fantasy XV - Square Enix + Streamline Studios

giphy 1 1

Roadtrip sebenar ini menunjukkan ianya fantasi untuk tahun 2020…

Game yang pertama dalam senarai ini pastinya yang paling besar: Final Fantasy XV, siri terbaru yang dilancarkan (pada waktu artikel ini ditulis) untuk francais yang sangat panjang dan ‘lejen’ ini. Di bawah pengawasan ketat Wan Hazmer sebagai Lead Game Designer, Lestallum (lokasi dalam game ini) dihiasi dengan troli makanan – siap ada bekas makanan, dan makanan tempatan untuk dinikmati oleh watak dalam game seperti teh tarik, kari ayam dan roti canai. Syarikat tempatan Streamline Studios juga membangunkan banyak aset-aset dalam game tersebut. 

Dan kemudian, Hazmer mula meletakkan tanah air sebagai tumpuan untuk satu lagi projek…

No Straight Roads - Metronomik

Didorong oleh minat mendalam terhadap muzik dan seni penceritaan visual, Hazmer dan sepupu beliau Daim Dziauddin (Concept Artist untuk Street Fighter V) memulakan sebuah syarikat pembangunan permainan video yang dinamakan Metronomik. Game pertama mereka, No Straight Roads, tiba di pasaran pada awal tahun 2020 dan mengisahkan tentang kumpulan duet rock, Mayday dan Zuke, yang menentang kongkongan empayar EDM dan ketidakadilan sosial. Game ini terang-terang berjiwa malaysia, dan pemain akan seronok (atau mengeluh) apabila melihat banyak kejutan-kejutan yang menarik. Contoh: bos besar dalam game, D.K. West.

AppropriateShyIndianhare small

Postknight - Kurechii

Di bahagian peranti mudah alih pula, korang percaya tak kalau kitorang bagitahu yang pemenang pertama SEA International Mobile Gaming Awards Grand Prix dan pemenang Google Play’s Best Games pada tahun yang sama merupakan rakyat Malaysia? Postknight adalah antara sedikit yang telah berjaya melakukannya.

62706f753f981bb859e2dca20deda3ab 0

Dalam Postknight, korang memainkan watak hero yang merupakan separa posmen, dan separa kesatria. Korang kena menghadap pelbagai musuh untuk menghantar surat, naikkan level, dan mungkin memenangi hati awek comel. Game ini dilancarkan pada tahun 2017 dan dibangunkan oleh syarikat tempatan, Kurechii, yang terdiri daripada sekumpulan gamers dan storytellers muda. Postknight II akan dilancarkan tidak lama lagi, dan akan memulakan proses ujian awal (korang boleh mohon menjadi penguji di sini!)

Street Fighter V - Streamline Studios

Kalau korang ingat, nama Streamline Studios ada kitorang sebut pada awal artikel? Diorang pernah terlibat dalam pelbagai game gred AAA yang korang kenal dan suka seperti Gears of War, Marvel vs Capcom, dan Final Fantasy. Diorang pun bertanggungjawab membangunkan model yang digunakan untuk watak dalam Street Fighter V. Jadi kalau korang suka kaki Chun Li atau abs Abigail… korang tahu nak berterima kasih pada siapa.

EnlightenedUnsightlyArawana size restricted

Tengok mamat tu kena hentam pun korang boleh rasa senak…

Dark Souls 3 - Passion Republic

Korang mungkin kenal yang ini. Malah, kalau korang bukan gamer pun, korang mungkin tahu. Dark Souls telah menempa nama sebagai pengakhiran terbaik untuk siri trilogi ini dengan grafik yang mantap, pergerakan pertarungan yang epik, dan tahap kesukaran yang mencabar.

giphy 2 1

Okay. Tak jadi kerja. Tiba-tiba rasa nak ambil MC.

Studio tempatan, Passion Republic mencipta pakaian watak pemain, watak bos, dan raksasa dalam game ini. Jadi apabila korang kena belasah (untuk kali keberapa ribu) semasa sedang cuba menyelamatkan dunia… korang tahu nak ucapkan terima kasih kepada pencipta makhluk yang baru habiskan HP terakhir korang.

Diablo 3 - Lemonsky

giphy 3 1

Yang terakhir, sebuah artikel mengenai kejayaan rakyat Malaysia dalam dunia gaming takkan lengkap kalau tak sebut nama Lemonsky,  studio yang bekerja keras di belakang tabir untuk membawakan banyak game kegemaran korang. Apabila Diablo III: Eternal Collection mahu dilancarkan bagi konsol Switch, Blizzard menyerahkan tugas mencipta pelbagai watak dan aset.  Studio yang sama juga telah terlibat dengan (tarik nafas) Final Fantasy XIV: Shadowbringers, Uncharted, The Last of Us, World of Warcraft dan banyak lagi.

Kalau korang dah mula berbangga dengan semua kejayaan Malaysia, ada satu lagi cara untuk korang meraikan skil dan ketahanan rakyat Malaysia dalam permainan video: dengan bersorak untuk para gamers yang akan menentang pemain bola sepak kebangsaan dalam cabaran FIFA 20 Yoodo!

giphy 4 1

Pastikan korang mengikuti siaran online untuk Pusingan Grand Finale di mana para peserta akan merebut bahagian daripada RM5,000 dan cenderahati rasmi La Liga (kemeja, bola dan buku pengenalan). 

Kitorang juga akan mengadakan pertandingan semasa penstriman siaran langsung, dan seorang penonton bertuah akan memenangi bola rasmi La Liga serta topi yang ditandatangan, manakala lima orang lagi akan memenangi bola rasmi La Liga. Lupakan dari pasukan atau negeri asal para pemain: sokong diorang sebab rakyat Malaysia yang berani menonjolkan skil. Jumpa korang online nanti!