Samada korang dah lama menjadi peminat setia, atau baru nak berjinak-jinak dengan demam K-wave, korang boleh layan 12 berita baru yang dibawa terus dari Korea.
Okay, ini bukan berita dalam bulan Julai, tapi memang kita tak boleh abaikan pemegang Rekod Dunia Guinness ini. Single yang diterbitkan sempena pra-pelancaran album debut Blackpink dalam bahasa korea telah menerima tontonan paling banyak di YouTube dalam tempoh 24 jam. Sebanyak 324 juta tontonan telah diterima semasa artikel ini ditulis. Tak sabar nak tunggu album penuh dilancarkan!
Penampilan semula ITZY
ITZY, sebuah kumpulan yang terdiri daripada lima gadis jelita ini dikenali dengan lirik yang membina dan pengaruh muzik EDM. Mereka dikhabarkan akan kembali membuat penampilan pada penghujung bulan Julai. Sementara itu, apa kata korang layan lagu platinum hit pertama mereka, Dalla Dalla?
Penampilan semula Sunmi
Ini satu lagi berita sebelum bulan Julai, tapi kitorang tahu yang ramai peminat Sunmi sedang menantikan berita terbaru dari artis ini. Selepas meninggalkan kumpulan Wonder Girls, Sunmi telah melancarkan beberapa muzik rancak seperti Gashina, Siren, dan single terbaru beliau, pporappippam.
Selepas lebih kurang 6 bulan berehat, jejaka-jejaka ini kembali dengan EP mereka yang kelapan! Apa yang korang boleh harapkan adalah nada yang bertenaga daripada kumpulan ini.
Sehun dan Chanyeol (EXO) telah melancarkan 9 lagu yang mempunyai pengaruh irama hip-hop dan R&B – dan mereka terlibat secara langsung dalam penulisan lirik untuk setiap lagu dalam EP tersebut. Korang boleh mula membuat preorder atau strim melalui link di atas!
Penyanyi, penulis lagu, penari dan koreografer (fuh) yang berbakat ini telah melancarkan Play pada awal bulan ini. Kalau korang nak layan irama pop Latin dan reggae, lagu ini wajib diulang.
MONSTA X Live dari Seoul untuk konsert Luv
Harap semua para Monbebes bertahan, idola korang akan kembali bulan depan! Cuma untuk bulan ini, kitorang nak bagi peluang untuk menang tiket ke Live from Seoul with Luv DAN barangan eksklusif Monsta X. Follow kitorang kat Twitter di @yoodomy untuk tahu caranya!
Konsert penampilan semula ATEEZ
Selepas memenangi Anugerah Persembahan di Anugerah Soribada Best K-MUsic 2019 serta Best Korean Act di acara Anugerah MTV EMA, ATEEZ memang tengah melonjak naik! Kumpulan ini telah memuat naik di YouTube untuk mengumumkan konsert penampilan semula mereka, AIR CON yang akan berlangsung pada 28 Julai bersamaan dengan pelancaran lagu dengan tajuk yang sama untuk EP kelima mereka, ZERO: FEVER Part.1. EP penuh akan dilancarkan pada 29 Julai 2020.
Penampilan semula Eunji secara solo
Bekas anggota Apink, Eunji telah melancarkan Simple, EP keempat beliau selepas Hyehwa pada tahun 2018. Ia kini boleh didapati dalam bentuk CD atau muat turun digital!
Single terbaru TWICE, Fanfare
Single dalam bahasa Jepun yang keenam untuk kumpulan ini dilancarkan pada 8 Julai 2020. Ia menampilkan dua lagu dan dua versi remix untuk lagu dengan tajuk yang sama dengan nama single tersebut. Korang boleh layan Fanfare MV online diorang – kitorang yakin muka ONCE ada senyum!
Abang-abang long K-pop iaitu BTS juga telah melancarkan album dalam bahasa Jepun pertama mereka semenjak tahun 2018. Map of the Soul: 7 ~ The Journey ~. Album yang terdiri daripada 13 lagu ini menampilkan Your Eyes Tell, lagu tema untuk sebuah filem percintaan Jepun dengan tajuk yang sama (filem ini juga merupakan remake untuk filem Korea Selatan pada tahun 2011 yang bertajuk Always).
Dan yang terakhir dalam senarai ini: TREASURE, kumpulan jejaka terbaru YG ini akan melakukan debut pada awal Ogos 2020. Kumpulan yang terdiri daripada 12 ahli ini juga telah berkongsi video-video previu di channel YouTube rasmi mereka (termasuk teaser debut yang kitorang kongsi kat atas), jadi inilah masa paling sesuai untuk jadi kipas-susah-mati yang terawal. 😉
Jadi kalau korang dapat rasa kehangatan K-Pop macam warga Malaysia yang lain, sertai kitorang untuk berita terkini secara mingguan! Tonton Hallyoodo bersama Hani Fadzil pada setiap Jumaat untuk scoop K-Pop terbaru dan paling gempak – dan guna #SarangHaeYoodo untuk cadangkan berita yang kami patut kongsi.