Walaupun berbeza bahasa, kita tetap saling memahami.
Walaupun berbeza adat yang diwarisi, kita tetap saling meraikan bersama-sama.
Walaupun makanan kita berbeza, kita tetap duduk semeja.
Walaupun berbeza bahasa, kita tetap saling memahami. Walaupun berbeza adat yang diwarisi, kita tetap saling meraikan bersama-sama. Walaupun makanan kita berbeza, kita tetap duduk semeja.
Identiti kita pula membentuk negara Malaysia.
Cipta Karakter Malaysia versi anda sendiri, kongsi dengan semua orang dan berpeluang untuk dipaparkan pada papan iklan kami serta MENANG barangan eksklusif Do It The Malaysian Way Edisi Terhad!
40 pemenang bertuah akan membawa pulang barangan Do It The Malaysian Way pada setiap gelombang.
Ambil contoh daripada ikon-ikon kebangsaan yang ada pada Cipta Bangsa Malaysia!
Kanak-Kanak Riang
Prisha – Sentiasa ingin tahu dan suka bermain. Tidak suka duduk diam. Gemar makan roti ais krim selepas waktu sekolah. Mengajar orang dewasa erti kebahagiaan tanpa nilai materialistik.
Jiwa Seni
Syarinah – Berasal dari Sarawak, suka bereksperimen dengan muzik progresif menggunakan alat musik tradisional. Gemar memuat naik video bermain muzik moden menggunakan sape’ tradisional.
Abang Penghantar Barang
Abang Ali – Kerja hantar barang, dilayan macam bintang. Ramai akan kerumun apabila dia tiba dengan bungkusan. Macam selebriti, tetapi dia yang minta tandatangan dan ambil gambar anda.
Penjaga Tradisi
Mahaguru tarian singa, sifu seni bela diri dan permata negara yang tidak didendang. Dia memastikan tradisi diteruskan, tanpa menyedari bahawa dialah penyumbang kepada keunikan Malaysia.
PETUGAS BARISAN HADAPAN
(sekalung penghargaan kepada wira-wira negara semasa tempoh pandemik!)
Cik Siti – Seorang jururawat yang kental, penyayang serta sangat ikhlas menjaga kebajikan pesakit. Senyuman ikhlas darinya memberi sinar harapan kepada orang di sekeliling.
Baik Hati
Ramesh – Fokus bekerja pada hari minggu, fokus selamatkan haiwan pada hujung minggu. Seorang wira yang merendah diri dan baik hati. Dia sentiasa memastikan kebajikan haiwan peliharaan dan haiwan liar.
Pakcik Pengawal
Mr. Syed – Suka minum teh kosong limau dan mengawal pangsapuri. Dia jaga rumah anda seperti rumah sendiri. Seorang yang pemurah dengan senyuman dan segak berseragam. Mungkin lebih fasih Bahasa Malaysia daripada anda.
Abang Burger
Encik Ramli – Pakar masak burger. Tidak pernah dengar kalau anda minta “tak nak sayur”, tetapi burgernya terbaik.
Pelajar Cemerlang
Tan Chee Kong – Seorang pelajar harapan dan bercita-cita menjadi seorang jurutera. Sedang belajar di luar negara dan rindu mi kari. Nasib baik CGPA hanya sampai 4.0, kalau tidak dia akan dapat 4.1.
Ibu Versi Lokal
Mama Savitri – Suri rumah, suka pakai selipar, garang tetapi penyayang. Teknik biasa nak bangunkan tiga orang anak-anak lelaki adalah dengan beritahu yang sudah jam 7 malam walaupun baru jam 5 pagi. Suka membeli-belah atas talian, tetapi tak suka bayar caj penghantaran berharga RM6.50.

Serlahkan bakat kreatif anda dan #BuildAMalaysian secara serta-merta! Ketahui lebih lanjut mengenai inisiatif kami dan ambil bahagian dalam aktiviti yang menyeronokkan.
Sertai kami di The LINC KL!
Pameran #BuildAMalaysian
Tarikh: 15 Ogos – 18 September 2022
Masa: 10am hingga 10pm
Lokasi: Level 2, Event Space