Sambut kedatangan Tahun Harimau dengan hadiah-hadiah hebat!
Belanja & berpeluang menangi Phone 13 baru, telefon pintar 5G yang menarik dan E- Angpau!
Tempoh kempen: 13 Jan - 15 Feb 2022
Tonton video Tahun Baru Cina kami di bawah!
Cara-cara untuk sertai kempen ini:
Bagi pengguna baru
Tukar ke Yoodo dan belanja sekurang-kurangnya RM25 untuk pelan mudah alih anda.
Bagi pengguna sedia ada
Belanja sekurang-kurangnya RM25 ke atas pelan talian anda.
Pemenang akan dipilih secara rawak
Kami akan hubungi anda jika ada salah seorang pemenang bertuah.
Perkara penting yang anda perlu tahu:
- Kempen ini terbuka kepada:
- pengguna baru Yoodo yang aktifkan SIM Yoodo baru, atau yang pindah masuk (port-in) talian sedia ada dari telco lain, dan melanggan Pelan Asas Data (Data, Voice & SMS) dengan perbelanjaan minimum RM25 semasa tempoh kempen
- pelanggan sedia ada yang pindah masuk (port-in) talian sedia ada dari telco lain, dan melanggan Pelan Asas Data dengan perbelanjaan minimum RM25 semasa tempoh kempen
- pelanggan sedia ada melanggan Pelan Asas Data dengan perbelanjaan minimum RM25 semasa tempoh kempen
- Tempoh kempen adalah dari 13 Januari hingga 15 Februari 2022. Pelan Asas Data (Kelajuan Tinggi atau Tanpa had 3Mbps / 6Mbps), Panggilan (minit) dan SMS dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM25 semasa tempoh kempen.
- Pengguna mesti mengaktifkan SIM dengan melanggan Pelan Asas Data (Kelajuan Tinggi atau Tanpa had 3Mbps / 6Mbps), Panggilan (minit) dan SMS dengan perbelanjaan minimum RM25 bagi memenuhi syarat kelayakan. Sebarang perbelanjaan untuk Pembelian Booster (Data, Panggilan, SMS & Add on), Add on Perantauan Antarabangsa, IDD dan Penghantaran Premium tidak akan dikira untuk perbelanjaan minimum ini.
- Sekiranya anda mempunyai lebih dari satu talian di bawah akaun anda, nombor individu perlu melakukan transaksi yang layak untuk memenuhi mekanisma kempen ini. Pembelian tidak akan digabungkan untuk semua talian anda.
- Pemenang akan dipilih secara rawak dari kumpulan pelanggan yang layak dan hanya boleh memenangi satu hadiah sepanjang tempoh kempen.
- Semua pemenang akan dimaklumkan melalui e-mel mengikut alamat e-mel yang digunakan untuk berdaftar akaun Yoodo,
- Hadiah Utama (Apple iPhone 13, Huawei Nova 9, Vivo V23e 5G, RENO 6 Z 5G) akan diberikan dalam bentuk baucar digital di mana para pemenang bertanggungjawab untuk menebus hadiah mereka secara langsung dari penjual.
- Kredit Yoodo Wallet RM28 hanya boleh digunakan untuk membayar pelan Yoodo anda dan akan dikreditkan ke dalam akaun Yoodo pemenang dalam masa 30 hari bekerja dari tarikh pemberitahuan. Ia tidak boleh ditukar dengan wang tunai dan tidak boleh dipindah milik.
- Akaun pemenang mestilah kekal aktif dan sekiranya gagal berbuat demikian, Yoodo akan membatalkan kelayakan dan menarik balik hadiah yang bakal diberi kepada pemenang tersebut.
- Yoodo berhak mengikut budi bicara mutlaknya untuk membatalkan kelayakan dan menarik balik hadiah sekiranya mana-mana pemenang melanggar terma dan syarat ataupun melakukan penipuan herhubung dengan kempen ini.
- Keputusan Yoodo dalam semua perkara yang berkaitan dengan kempen ini adalah muktamad, konklusif dan terikat. Sebarang surat-menyurat, rayuan, bantahan atau percubaan untuk mempertikaikan keputusan Yoodo tidak akan dilayan dalam apa jua keadaan.
- Yoodo berhak mengikut budi bicara mutlaknya untuk menggantikan mana-mana hadiah dengan hadiah-hadiah lain yang sama nilainya pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.
- Hadiah-hadiah yang tidak dituntut dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh pemberitahuan akan dilucutkan dan tiada surat-menyurat atau rayuan akan dilayan.
- Yoodo dengan jelas mengecualikan dan menafikan apa-apa representasi atau waranti berkaitan dengan kualiti hadiah. Yoodo juga tidak memikul tanggungjawab untuk menyelesaikan pertikaian dengan pengilang atau pembekal hadiah dan pemenang perlu berurusan terus dengan pengilang atau pembekal untuk semua maklumat waranti.
- Yoodo tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa cukai, kos sampingan, atau caj yang berkaitan dengan penerimaan atau penggunaan hadiah.
- Dengan menyertai kempen ini, pemenang memberi kebenaran kepada Yoodo untuk menggunakan sebarang maklumat dan/atau gambar pemenang di media massa untuk tujuan pemasaran, publisiti dan unsur-unsur pengiklanan tanpa sebarang notis dan/atau pampasan.
- Yoodo berhak untuk mengubah, menambah atau meminda syarat dan peraturan kempen ini atau mana-mana bahagian daripadanya tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu.
- Dengan menyertai kempen ini, pengguna bersetuju bahawa Yoodo tidak akan dengan apa-apa cara bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan jika pihak Yoodo tidak dapat melaksanakan secara keseluruhan atau sebahagian daripada kewajipannya di sini yang boleh dikaitkan secara langsung atau tidak langsung terhadap kegagalan mana-mana peranti mekanikal atau elektronik, sistem pemprosesan data, talian telekomunikasi, perisian dan kegagalan emel.
- Sekiranya terdapat sebarang ketidaksejajaran, konflik, kesamaran atau kepincangan antara terma dan syarat versi Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, versi terma dan syarat Bahasa Inggeris akan diguna pakai.