Promosi Data Bonus 5G (“Promosi”) akan bermula dari jam 12:01 malam pada 1 November 2024 sehingga diberitahu kelak. Sebarang pemanjangan atau penamatan tempoh adalah berdasarkan budi bicara CelcomDigi.
Promosi ini dibuka kepada para pengguna Yoodo yang baru dan sedia ada.
Pengguna dikehendaki melanggan salah satu pelan data asas berkelajuan tinggi di antara 40GB ke 100GB dengan internet 5G untuk menikmati 25GB data bonus 5G/4G.
Jika pelan anda diperbaharui sebelum tempoh Promosi bermula, sila tukar langganan anda ke Pelan Data Asas dari 40GB sehingga 100GB dan tambah internet 5G untuk menikmati 25GB Data Bonus 5G. Ia akan bermula pada kitaran bil yang seterusnya.
Para pengguna boleh menggunakan fungsi Renew Anytime untuk memperbaharui pelan data semasa dalam tempoh Promosi untuk menikmati Data Bonus 5G.
Yoodo mempunyai hak untuk mengubah, menukar, menyemak semula, menambah, memadam, mempelbagai, menggantung, membatalkan atau melambatkan Promosi ini tanpa sebarang notis pada bila-bila masa.
Yoodo tidak bertanggungjawab ke atas sebarang ralat, pengeluaran, gangguan, pemadaman, kecacatan, kelewatan operasi atau transmisi, kegagalan talian komunikasi, kecurian atau kemusnahan, akses masuk tanpa izin, atau pengubahan tanpa izin, pada akaun atau komunikasi pengguna, atau sebarang masalah teknikal pada rangkaian atau talian telekomunikasi, pelayan atau penyedia, perisian serta kegagalan e-mel.